BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bonda Sultan Johor Mangkat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
18.03.2019 - Johor, BONDA Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat.

Berita itu dimaklumkan di Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.

Berita lanjut menyusul

18319royalpressoffice1_1552870102.jpg

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/434983/bonda-sultan-johor-mangkat
 
Bonda Sultan Johor Selamat Di Makamkan

18.03.2019 - Johor, Jenazah bonda Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada jam 2 petang ini.

Almarhumah disemadikan sebaris dengan makam bondanya, Che Puan Hajjah Fatima Abdul Hamid.

Sebelum pemakaman, bacaan talkin dan tahlil diketuai Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Jenazah Almarhumah tiba di Makam Diraja itu dengan menaiki ambulans peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim turut berangkat mengiringi jenazah bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Selain itu, berangkat sama Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku IdrisIskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor,Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Terdahulu, jenazah Almarhumah turut disemayamkan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene untuk upacara penghormatan terakhir.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir.

Berangkat sama, ​​​​​​​Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail serta Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Berita kemangkatan Almarhumah Tengku Puan Zanariah pada usia 79 tahun malam tadi diumumkan menerusi laman Facebook dan Instagram Sultan Johor, pada jam 8.10 pagi ini.

Almarhum Tengku Puan Zanariah ialah Raja Permaisuri Agong yang kelapan ketika Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ismail menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 1984 hingga 1989.

41552870358_johor.jpg

Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/03/18/bonda-sultan-johor-selamat-dimakamkan-2/

Bonda Sultan Johor Mangkat

18.03.2019 - Johor, BONDA kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad telah mangkat pada Isnin.

Berita kemangkatan baginda dikeluarkan melalui laman media sosial rasmi Kesultanan Johor.

Almarhum Tengku Puan Zanariah ialah Raja Permaisuri Agong yang kelapan ketika Almarhum Sultan Iskandar Ismail memerintah sebagai Yang Di-pertuan Agong dari 1984 hingga 1989.

Baginda pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.

Almarhum Tengku Puan Zanariah mendapat didikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada 1946 dan melanjutkan pelajaran di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari 1950 hingga 1952.

41552870358_johor.jpg

Berita asal http://www.astroawani.com/berita-ma...zanariah-almarhum-tengku-ahmad-mangkat-201431

takziah..
semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman
 
Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad ni Bonda kepada adik sama Ayah berlainan Ibu Sultan Johor skrg yang dulu2 ada KES pukul dengan coach Hoki Johor tu kan? Bonda Sultan Johor plak rasanya yang keturunan omputih yang mangkat beberapa tahun lepas kot.
 
Yg sekali pernah bawak senapang gajah pi istana pahang. Terkedu member
 
Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad ni Bonda kepada adik sama Ayah berlainan Ibu Sultan Johor skrg yang dulu2 ada KES pukul dengan coach Hoki Johor tu kan? Bonda Sultan Johor plak rasanya yang keturunan omputih yang mangkat beberapa tahun lepas kot.

Correction

Sultan Ibrahim, Tunku Abdul Majid dan Sultanah Pahang (Tunku Hajjah Azizah Amina Maimuna Iskandariah) ketiga-tiga anak kepada Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (Josephine Ruby Trevorrow).
 
Tunku Abdul Majid ni anak kepada zanariah..bukan Enche' Besar Hajah Khalsom
 
Back
Top
Log in Register