BTC USD 81,863.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh ke manusia tengok jin?

papabaik

Active+ Member
Messages
4,435
Joined
Feb 21, 2012
Messages
4,435
Reaction score
153
Points
33
Dalam Quran ada sebut, jin/syaitan ni adalah makhluk yg unseen iaitu kita tak nampak dia.

Tapi lately ni ramai org kita ngaku dia boleh nampak jin selepas amalkan sesuatu amalan puasa putih dsb.

Papa pun dah pening, boleh ke nampak jin?
 
kenapa pulak tak boleh?...jins samsudin tu sapa kat org.....heee
 
Dalam Quran ada sebut, jin/syaitan ni adalah makhluk yg unseen iaitu kita tak nampak dia.

Tapi lately ni ramai org kita ngaku dia boleh nampak jin selepas amalkan sesuatu amalan puasa putih dsb.

Papa pun dah pening, boleh ke nampak jin?

baca kisah nabi sulaiman?
 
nk tgk jin gi ler clubing..ramai je anak2 jin situ..hehehe
 
Nak sangat ker tengok jin? Apa tujuannya?
 
kenapa pulak tak boleh?...jins samsudin tu sapa kat org.....heee

Akakakaka ada satu lg kalo nak tgk... ada yg halus.. ada yg kasar...





JINtan halus
JINtan kasar....



Boleh pilih nak tgk yg mana satu.. :))
 
Tokoh Perubatan Islam Malah Bapa Perubatan Islam Malaysia Rujukan:Menjawab Persoalan

Tokoh Perubatan Islam Malah Bapa Perubatan Islam Malaysia

Rujukan:Menjawab Persoalan Makhluk Halus karya Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.


Assalamualaikum semua dan ampun maaf pd semua. Menyedari diri saya yang jahil dan serba kekurangan ilmu khususnya ilmu sufi, hakikat dan makrifat kerana kotornya diri ini dengan takabbur, suma’h, riya’ dan bersalut noda dosa dan ego maka saya sandarkan jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Dr Harun Din berkenaan persoalan bolehkan manusia melihat makhluk halus. Beliau mempunyai autoriti menjawab soalan ini kerana ilmu, kesolehan dan pengalamannya di dalam perubatan Islam tidak dapat disangkal lagi oleh mana2 pihak….


Soalan:

Kita memang percaya bahawa makhluk yang disebut di dalam al Quran seperti Jibrail, jin dan syaitan dan sebagainya sememangnya wujud. Kemusykilan saya adalah tentang keupayaan makhluk halus ini boleh melihat manusia tetapi manusia tidak boleh melihat mereka.


Adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa manusia boleh melihat makhluk halus ini dengan mata kepala mereka sendiri dalam keadaan menyerupai manusia ataupun binatang yang menakutkan?



JAWAPAN:


Ini adalah jawapan TGU Harun Din berkenaan isu tidak boleh melihat rupa jin dalam bentuk sebenar di dalam buku soal jawab makhluk halus:



Mengenai soalan saudara berkenaan perkara dia atas memang benar makhluk halus boleh melihat manusia dan ini dijelaskan Allah Taala Surah al A'raf ayat 27:



Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan KAMU TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA"



Kebiasaannya makhluk halus dapat manusia sedangkan MANUSIA TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA dalam rupa mereka yang asal. Namun manusia boleh melihat makhluk ini apabila mereka telah menyerupai rupa bentuk tertentu yang diizinkan Allah SWT.



Sebagai dalil al Quran telah menceritakan bahawa mereka (makhluk halus) berupaya menyerupai manusia. Hal ini disebut di dalam surah al Anfal ayat 48:

48. Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka Dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan Sesungguhnya Aku adalah Pelindung dan Penolong kamu". maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana Aku dapat melihat apa Yang kamu tidak dapat melihatnya; Sesungguhnya Aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".



Sebagai contoh, dalam Tafsir Al Qurtubi menceritakan bahawa tentera musyrikin berasa gentar untuk memerangi tentera Islam ketika di dalam peperangan Badar. Tiba-tiba, muncul satu pasukan perang yang diketuai oleh Suraqah bin Malik bin Jua’shum dari suku Bani Bakr. Apabila Suraqah berjanji untuk membantu tentera musyrikin mengalahkan tentera Islam, maka tentera Musyrikin berasa berani.



Akan tetapi, apabila peperangan bermula, Suraqah dan konco-konconya lari meninggalkan peperangan dan akhirnya tentera musyrikin ditewaskan oleh tentera Islam.



Ayat ini ditafsirkan secara muktabar bahawa orang yang berkata2 dengan tentera musyrikin ini ialah syaitan yang menyerupai Suraqah bin Malik.



Firman Allah di dalam Surah Al Anfal ayat 30:

“30. Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya.”



Tafsir Abdullah bin Ahmad an Nasafi mencatatkan tentang peristiwa orang kafir mengadakan satu pertemuan di Darun Nadwah (parlimen orang musyrikin Mekah) untuk memutuskan perihal Nabi Muhammad saw. Ketika para pembesar Quraisy hendak bermesyuarat mereka di datangioleh seorang pemimpin dari puak Najdi. Beliau yang dikenali sebagai Sheikh an Najdi datang secara khusus untuk menyertai pembesar Quraisy dalam memberikan pandangan. Pembesar Quraisy Mekah membenarkan Sheikh an Najdi turut sama dalam mesyuarat tersebut yang berakhir dengan keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.



Sebenarnya Sheikh an Najdi ini ialah iblis laknatullah yang telah menyamar dengan menyerupai manusia.



Dalam peristiwa yang lain, Rasulullah saw sendiri pernah berdakwah kepada golongan jin.



Abu Hurairah ra pernah menangkap syaitan yang mengganggu dan mencuri barang makanan yang disimpan dan dijaga dalam simpanan Baitulmal (dalam keadaan jelmaan).


Amar bin Yaasir ra pula pernah berhadapan dan bertarung dengan makhluk halus ini.


Semua ini membuktikan bahawa makhluk ini memang berupaya menyerupai pelbagai rupa. Namun begitu, mereka bukan sewenang-wenangnya boleh mengganggu manusia kerana Allah mengawal manusia dengan rahmatNya.


WALLAHU A’LAM..
 
boleh ler. apsal takleh lak
 
nape pulak xbole..Apabila Dia b'kehendak'n sesuatu, cukuplah dgn b'kata Jadi. Maka jadilah ia.

Nak sah'n seseorg bole nmpk pun susah. sbb ada kemungkinan hanya lakonan semata2. lebe2 lg tok moh, temberang jer lebe. tp kalau yg nmpk tu budak kecik, insyaAllah bole dipercayai. sbb budak2 xpenah tipu..hehe
 
Back
Top
Log in Register