BTC USD 81,905.1 Gold USD 4,141.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh ke berus gigi masa puasa?

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA.

Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda: “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling.

Jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.

Hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah.

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:

“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang kerana orang yang berpuasa itu apabila kering kedua bibirnya itu merupakan cahaya untuknya pada Hari Kiamat”. (Riwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani, al-Daraqutni dan al-Baihaqi)

Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Pada sanadnya ada Kaisan Abu ‘Umar, dia seorang yang daif.

Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat al-Bukhari secara ta’liq, Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dll).

Dalam riwayat al-Tabarani dengan sanad yang hasan, Mu’az bin Jabal r.a pernah ditanya tentang bersugi semasa berpuasa:

Daripada Abd al-Rahman bin Ghanam, berkata: Aku bertanya Mu’az bin Jabal: “Apakah boleh saya bersugi sedangkan saya berpuasa?”. Jawab beliau: “Ya”. Aku berkata: “Pada waktu siang masa bila?”. Jawabnya: “Pada masa mana saja yang engkau mahu, pagi ataupun petang”. Aku berkata: “Orangramai membenci bersugi pada waktu petang”. Tanya Mu’az: “Kenapa?”. Aku menjawab: “Mereka berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi”. Kata Mu’az: “Subhanallah! Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerintahkan mereka supaya bersugi.

Ketika baginda memerintah mereka, baginda tahu bahawa sudah pasti mulut orang berpuasa akan berbau sekalipun bersugi. Tiada kebaikan sedikit pun untuk mereka dalam perkara tersebut [tidak bersugi]. Bahkan padanya keburukan kecuali mereka yang diuji dan tidak dapat dielakkan”.

Maka galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih merupakan asas dalam amalan muslim.

Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:

“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

Adapun dakwaan bahawa ubat gigi yang ada sekarang tidak boleh digunakan kerana ada rasa tertentu, ini tidak kukuh kerana kayu sugi zaman dahulu juga ada rasa yang tersendiri. Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.


sumber DrMAZA.com
 
saya senang dgn pendapat ini.

walluhua'lam.
 
Back
Top
Log in Register