BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boko Haram musuh Islam

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sebuah bangunan di sekolah di Chibok, timur laut Nigeria menjadi sasaran serangan Boko Haram pada bulan lalu. Gambar kecil: Mahamadou​

CAMBRIDGE - ENGLAND. Presiden Niger menggelar Boko Haram sebagai musuh Islam paling bahaya dan turut memberi amaran bahawa mereka bakal berdepan tentangan hebat daripada Muslim di Afrika Barat yang menolak kekejaman kumpulan militan tersebut.

Menurut laporan AFP, Mahamadou Issoufou menegaskan matlamat dan perjuangan Boko Haram telah terpesong daripada landasan Islam.

"Mereka bertindak kejam menculik, merogol dan membunuh orang tidak bersalah. Ia sememangnya memburukkan imej Islam," tegasnya ketika berucap di Universiti Harvard di Massachusetts.

Menurutnya lagi, Niger telah mengambil bahagian dalam operasi serantau disertai pakatan tentera dari negara Afrika Barat yang bertujuan untuk memerangi Boko Haram di utara Nigeria.

"Penduduk di Nigeria, Niger, Cameroon, Chad dan Benin turut menyokong usaha menyekat kemaraan Boko Haram. Ia jelas menunjukkan penduduk di Afrika Barat menolak ekstremisme dan keganasan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan militan, al-Shabab didakwa mengeluarkan ancaman baharu selepas mereka bertindak kejam melancarkan serangan menggemparkan ke atas sebuah universiti di timur Kenya yang turut meragut hampir 150 nyawa.

"Kami akan terus melancarkan serangan berdarah sehingga kerajaan menghentikan penindasan ke atas rakyat. Sekolah, universiti, pejabat dan kediaman penduduk bakal menjadi sasaran seterusnya jika tuntutan ini tidak dipenuhi," menurut kenyataan itu lagi.
 
US pula pejuang islam. Samdol betul. kah kah kah
 
Syiah dan US adalah sahabat Islam..mereka memperjuangkan bermati-matian untuk islam. Ramai kat CG ni sokong depa ni.
 
Dunia akhir zaman... fitnah berleluasa masa2 dajal nk kluar... yg bohong mcm benar.. yg benar mcm bohong... harap ak dlm golongan yg btul la ya Allah
 
image.jpg

Sebuah bangunan di sekolah di Chibok, timur laut Nigeria menjadi sasaran serangan Boko Haram pada bulan lalu. Gambar kecil: Mahamadou​

apa la pekdah diorang gi bakar bangunan ni..

nak mengganas tapi guna nama islam. ajaran islam ke ni?

umpama sulu yang berjuang mati-matian untuk wilayah autonomi islam di filipina. takde orang islam yang nak bising. mati pun mungkin mati syahid

tapi bila nak masuk malaysia mengganas..tu yang orang bising. kalau mati pun mungkin taraf anjing mati tepi jalan.

nampak tak dua perkara berbeza:))
 
image.jpg

Sebuah bangunan di sekolah di Chibok, timur laut Nigeria menjadi sasaran serangan Boko Haram pada bulan lalu. Gambar kecil: Mahamadou​

.

serang orang awam...sama macam isis celaka
 
susah gak nak cakap, kita ni jauh. depa yg dekat depa lagi tau la Boko Haram ni mcm mana.

setuju. mslhnya ade yang jatuhkan halal/haram dengan 'membaca/mendengar' news dari berita yang diragui atau boleh ditokok tambah

ppuiii org mcm ni :eek:
 
setuju. mslhnya ade yang jatuhkan halal/haram dengan 'membaca/mendengar' news dari berita yang diragui atau boleh ditokok tambah

ppuiii org mcm ni :eek:

betul bro, nak percaya sesuatu benda tu kena ambik masa dan betul2 fikir dulu..

ni baru setepek berita, terus percaya..

nanti tak pasal2 kena april f000l macam budak malaysia buat software coker chat yg dibeli google :eek:

cisss, aku pun terkena berita tu.
 
Back
Top
Log in Register