BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boikot Facebook !!!

dgn FB ni la aku wat iklan jual brg..yg penting kita tau nk gunakan ia sebaik mgkn...:)cgrock
 
gunakan pengaruh facebook untuk kembangkan Islam la... jangan duk layan benda lagha sampai rumah tangga tak terjaga.... hahaha... ramai tul skang ni kaum pompuan ketagih FB... main masak2... kawan2 aku ramai bising pasai bini masing2 sibuk kat FB... tu la silapnya...

berhibur tiada salahnya,kerana hiburan itu indah.. hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah....
 
seingat aku Mark Zuckerberg ni buat facebook untuk kawan kolej dia dan selepas tu ramai yg join

Aku bukak FB ni pun sebb byk game mcm fishville mafia wars
kalo nak bukak group islam lawan gune modul yg sama.
 
aku ada jugak join fb nie....
tue pun saja nak cari kwn lama2....
tp satu haram apa pun aku faham bila login....
login tgk2 lepas tue logout....
tue je yg aku wat....
boring lah fb nie....lgpun aku jrg active fb....
 
kalo boikot jgn hangat2 jer..bulan ni boikot,bulan depan bukak tgk kot2 ade frend request yer TT...

biasa la kalo owner nye yahud.kita belajar yg baik2 sudah la..

aku boikot cara aku :D
 
aku layan FB untuk mengetahui perkembangan kengkawan je... tu pon yg ada FB je la
 
kite mule step by step yer TT..

1)mule2 nak tnye,product netherland dah boikot lum? :D
 
Sila close akaun facebook anda!!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?


Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?


Fikirkanlah..

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

Semenjak aku tau pemilik yahudi dan disalurkan utk kepentingan yahudi...aku dah delete account...byk lagi social blog yang bleh layan...TAGGED ada...MYSPACE, FRIENDSTER pon bleh...ni juz pdapt aku...masing2 punye hak kan nk join FB atau tak..
 
Back
Top
Log in Register