BTC USD 84,779.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bohong Sunat, boleh ker?

arm6169

Junior Member
Messages
68
Joined
Mar 30, 2011
Messages
68
Reaction score
64
Points
16
Assalamualaikum para pembaca semua. Esok hari Jumaat, penghulu segala hari. Kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas nabi SAW, khususnya pada hari Jumaat ini.

Jadi, marilah kita berselawat bersama-sama.

Pada hari Jumaat begini, biasanya saya akan kongsikan artikel mengenai agama. Tapi hari ni, saya tak sempat nak mencari bahan.

Kebetulan kawan saya (Saudara Faizal) ada forward ‘1 kisah untuk pengajaran’ semalam. Jadi, saya kongsikan kisah tersebut tu jer lah yer.

Begini ceritanya….

Seorang Ayah menelefon anaknya yang berada di London :

“Nak, Abah tak nak rosakkan mood kau hari ini..tapi abah terpaksa juga beritahu yang mak dan abah hendak bercerai..setelah 35 tahun perkahwinan. Keputusan ini amat berat sekali.”

“Abah..!!apa yang abah cakapkan ni..!!??”, Jerit anaknya.

“Kami dah bosan hidup berdua, abah sudah bosan tgk muka mak kau,mak pun da bosan tgk muka abah..kami pun sudah boring bercakap…” keluh si ayah.

“Engkau tolong call kakak dekat australia dan tolong beritahu pasal benda ni..” , sambung si ayah.

Dengan keadaan cuak, Si adik menelefon kakaknya yang berada di Australia;

“Apa..!!! Mak ngan abah nak bercerai..??? Jangan harap mereka nak cerai..aku akan settlekan masalah ni..!!”, Bising si kakak pada si adik.

Si Kakak dengan segera menelefon ayah mereka di Selangor, Malaysia dan memarahinya.

“Abah dgn mak takkan bercerai, Jangan lakukan apa-apa pun perkara sehingga saya balik sana. Saya akan ajak adik balik sekali dan esok juga kami akan sampai KL.”

“Ingat..!!jangan buat apa2 keputusan sebelum saya balik…PAHAM..!??” , sambung si kakak dan menghempas ganggang.

Si Ayah meletakkan telefon dan kembali ke isterinya sambil tersenyum dan berkata ;

“Wokeh beres…Anak2 kita akan balik beraya tahun ni…esok depa sampai. Dan duit tiket pun kita tak perlu risau…” (^_^)

“Eh bang, takper ker kita buat camtu pada anak-anak. Tak marah ker diorang nanti?”, luah isterinya yang penuh kebimbangan.

“Alahhh takper, BOHONG SUNAT! sekali sekala…huhu”.

Pengajaran

Sesibuk mana pun kita sebagai anak, jangan lupa untuk menziarahi kedua ibu bapa kita.

Anda pula, ada apa-apa pengajaran yang anda dapat selepas membaca cerita ini??
 
Dibolehkan dalam 3 perkara :-

1. Di dalam perang,
2. Mendamaikan antara 2 orang muslim yang bersengketa dan
3. Untuk memperbaiki isteri.
 
Bohong tiada yg sunat.

sebenarnya haram berdusta. FULL STOP.

Terma bohong sunat ni sebenarnya dtg dr kisah nabi dlm suatu hadith.
sebenarnya bukan bohong pun. cuma, menyembunyikan sesuatu fakta dgn akal TANPA BERBOHONG

Hadith tu bercerita ttg ada askar askar pada zaman Nabi yg tgh kejar seseorang muslim.
org tu jumpa nabi dan kata, tolong lah aku, jd Nabi kata ok. lepas tu, dia terus berlari.
bila askar tu dtg, tanya nabi, ada kau nampak org itu? nabi diam seketika, lepas tu nabi langkah ke blkg dan berkata "sejak aku berdiri disini, tak nampak pulak org tu"

Jadi Nabi bukan bohong sunat. ttp menyembunyikan sesuatu dgn akal Nabi tanpa BERDUSTA. ingatlah, berdusta itu HARAM, jadi gunakanlah akal utk tidak berdusta.
 
terang lagi jelas. :)cgrock
 
aku setuju dengan post ni..
 
Ramai yang terikut2 dgn perkataan 'BOHONG SUNAT" ni. Bohong berdosa... kalau yang sunat tu dapat pahala.... mana sama ke dua2 ni....
 
mana ada bohong sunat... itu mandai2 buat lawak tak kena tmpat..

BOHONG HARUS ada.. cth yg diberi diatas tu aku tak tau ler nk kategorikan apa.. tapi tgk mcm bukan jatuh harus, mcm menaya adalah..

yg aku tau bohong harus tu spt mcm nk menyelamat siratul rahim antara 2 pihak.. pihak ke3 tu main peranan berbohong utk menyatukan kembali mereka.. yg lain pi tnya ustat lain lah.. itu sample yg ustazah aku bg..
 
Bohong tiada yg sunat.

sebenarnya haram berdusta. FULL STOP.

Terma bohong sunat ni sebenarnya dtg dr kisah nabi dlm suatu hadith.
sebenarnya bukan bohong pun. cuma, menyembunyikan sesuatu fakta dgn akal TANPA BERBOHONG

Hadith tu bercerita ttg ada askar askar pada zaman Nabi yg tgh kejar seseorang muslim.
org tu jumpa nabi dan kata, tolong lah aku, jd Nabi kata ok. lepas tu, dia terus berlari.
bila askar tu dtg, tanya nabi, ada kau nampak org itu? nabi diam seketika, lepas tu nabi langkah ke blkg dan berkata "sejak aku berdiri disini, tak nampak pulak org tu"

Jadi Nabi bukan bohong sunat. ttp menyembunyikan sesuatu dgn akal Nabi tanpa BERDUSTA. ingatlah, berdusta itu HARAM, jadi gunakanlah akal utk tidak berdusta.

agreed...:)
 
Back
Top
Log in Register