BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boeing lancar 737 MAX 200

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



BOEING melancarkan pesawat terbaru dalam kumpulan 737 MAX hari ini, dengan komitmen daripada Ryanair yang telah menempah 100 pesawat.

"Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dari Eropah itu akan menjadi syarikat penerbangan pertama untuk menerbangkan 737 MAX 200, varian yang berdasarkan kepada pesawat 737 MAX 8 dengan kapasiti 200 tempat duduk, meningkatkan lagi potensi hasil dan menyediakan penjimatan bahan api sehingga 20 peratus bagi setiap tempat duduk berbanding lain-lain pesawat jenis satu lorong yang ada pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Boeing, tambahan kepada komitmen US$11 bilion itu (pada senarai harga semasa), Ryanair mempunyai pilihan untuk membeli 100 buah 737 MAX 200.

Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O'Leary berkata syarikat itu berbangga dan berbesar hati menjadi pengendali peneraju pesawat Boeing 737 MAX 200 yang disifatkan sebagai 'pengubah', yang akan mengembangkan kumpulan pesawat Ryanair kepada 520 menjelang 2024 dan mewujudkan 3,000 pekerjaan untuk juruterbang, anak kapal dan jurutera di Eropah.

"Ia akan membolehkan kami mengembangkan trafik dari 82 juta orang pada tahun lepas kepada lebih 150 juta setiap tahun menjelang 2024.

"Pesawat ini akan membolehkan Ryanair mengurangkan kos dan tambang, pada masa yang sama, meningkatkan keselesaan pelanggan kami dengan ruang kaki yang lebih luas dan merasai pengalaman Boeing Sky Interior, terutama untuk penumpangkelas Business Plus dan Family Extra, katanya. - Bernama
 
penggunaan pesawat besar semakin tidak relevan zaman sekarang.
 
Back
Top
Log in Register