BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bob Lokman diberi amaran

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Bob Lokman disiasat Jaip

image.jpg

Bob Lokman

KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.
Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.

sumber
 
nk bg ceramah pun payah nooo.tgk la ceramah apa dia buat.klau ajaran sesat mcm ayah pin mmg la sesat.klau takat ceramah agama atau politik apa yg nk dirisau.dh xde demokrasi kot malaysia ni.
 
Tangkap smua alim ulamak..
Biar tinggal artis jer kat media ni ..
 
giler ... menyanyi boleh lak ... berdakwah pun tak leh
 
cer try wt konsert situ...xdenya bg amaran....puihhh la....
 
ikon gay dunia wat konsert kat pahang
JAIP wat **** jer..
 
alim ulama ke dia ni?

Emm.. Blom smpi ulamak lg kot..
Kalu alim tu mebi trgolong kot..
Cuma maksud sy "alim ulamak" tu umum kpd alim2 dan ulamak yg bnyk sekatan skang ni ble nak berdakwah..
 
Ari nie ceramah bob lokman kat batu pahat....
 
byk lg benda maksiat yg patut jabatan2 ni pi tangkap..bkn org yg nk buat ceramah.buat konsert blh je sesuka hati.org islam sendiri x tlg tegakkan syiar islam apatah bangsa lain.
 
Back
Top
Log in Register