BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BNM naikkan lagi OPR 25 mata asas kpd 3.25% ?

emoney

Super Active Member
Messages
8,574
Joined
Feb 13, 2007
Messages
8,574
Reaction score
86
Points
70
BNM naikkan kadar OPR?

KUALA LUMPUR 6 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) kemungkinan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.25 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari esok.

Ketua Penyelidikan dan Hubungan Pelabur United Overseas Bank Limited, Jimmy Koh berkata, Keperluan Rizab Berkanun (SRR) juga kemungkinan dinaikkan kepada 4.0 peratus iaitu kenaikan 100 mata asas lagi pada mesyuarat itu.

"Ini adalah antara langkah untuk mengekang inflasi selain membolehkan ringgit meningkat naik lagi," kata Koh semasa taklimat media hari ini bagi membentangkan mengenai Tinjauan Global Sukuan UOB.

Menurut Koh, terdapat kemungkinan kenaikan kadar faedah akan dilakukan pada Julai berikutan inflasi dijangka terus kekal di atas paras 3.0 peratus pada bulan-bulan akan datang.

"Kemungkinan satu lagi kenaikan akan dilakukan pada September atau November jika harga minyak yang tinggi akan mencetuskan kenaikan harga bahan api lewat tahun ini," katanya.

Inflasi Malaysia bagi Mei berkembang pada rentak yang paling pantas bagi tempoh lebih dua tahun dengan harga pengguna meningkat 3.3 peratus.

Ringgit Malaysia kemungkinan berada pada paras 2.92 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir suku keempat 2011, demikian menurut unjuran yang diterbitkan di dalam Laporan Tinjauan Global Sukuan UOB itu.

Bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, Koh berkata, Malaysia kemungkinan mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus.

"Risiko sebenar ekonomi Malaysia ialah perkembangan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah," katanya.

AS berhadapan risiko kemelesetan dua kali manakala Eropah sedang bergelut dengan isu berkaitan hutang manakala negara-negara Asia bergelut dengan risiko inflasi, katanya.

Dengan ekonomi utama dunia, terutama sekali di dalam sektor perbankan, saling berkaitan, Koh berkata, masalah struktural seperti kejutan perbankan atau krisis dari bahagian lain dunia akan memberi kesan kepada ekonomi yang lain.

"Sambil dasar monetari AS yang longgar merupakan tindak balas kepada kemelesetannya, kesannya terhadap Asia semakin menjadi struktural kerana kadar pengangguran AS yang tinggi menghalang Rizab Persekutuannya dari menurunkan kadar faedahnya ke paras normal pada tempoh jangka dekat," katanya.

Dasar monetari AS yang longgar bagi satu tempoh yang panjang, kata Koh, boleh menghasilkan perubahan di segi jangkaan harga.

"Syarikat-syarikat di Asia telah melihat kos upah yang lebih tinggi berikutan inflasi harga aset dan ini kemungkinan menghasilkan inflasi yang lebih tinggi selama-lamanya di seluruh rantau ini," katanya.

Para pembuat dasar Asia, katanya juga akur dengan risiko menjemput aliran wang panas lebih besar jumlahnya dengan langkah menjadikan kadar faedah normal dengan lebih pantas.

Satu lagi langkah yang diberi reaksi oleh para pembuat dasar itu, katanya ialah mengawal aliran masuk kredit bagi mengehadkan jumlah kecairan.

Koh berkata, wujud juga risiko apabila para pengguna di Asia kini lebih bersedia mengambil pinjaman dan mengalami hutang lebih besar. — Bernama
 
Last edited:
mampos naik semua installment...
 
Harap-harap kali ini BNM akan akan naikkan sekurang-kurangnya 800mata
barulah kita setanding dengan negara-negara maju...
 
tp blr kita masih rendah berbanding negara jiran..ayat pencacai..haha
 
naik jer blr jadi 20% baru best.... hehehehe.....
lantak la nak naik beraper pun... yg ptg undi nanti kena pikir semua isu tersebut...
 
Back
Top
Log in Register