ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Shahrir Abdul Samad
KUALA LUMPUR 29 Mei – Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy Rabu lalu bagi mendengar penjelasan mengenai perkembangan syarikat itu yang dilanda pelbagai spekulasi.
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pertemuan selama tiga jam yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan diatur memandangkan isu yang melanda syarikat pelaburan strategik itu membabitkan kepentingan awam.
Katanya, BNBBC turut menyampaikan pandangan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil 1MDB dan Kementerian Kewangan untuk menambahkan modal syarikat tersebut agar sejajar dengan liabiliti yang ditanggung tanpa perlu bergantung kepada dana awam atau pinjaman baharu.
“Saya berpendapat 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat, ia tidak mempunyai modal sewajarnya,” katanya seperti dilaporkan laman rasmi BNBBC hari ini.
Shahrir berkata, sehari sebelum itu, BNBBC turut berjumpa dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk mendengar penjelasan mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.
Katanya, kedua-dua pertemuan itu bagaimanapun tidak membincangkan mengenai audit Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat berkenaan untuk memastikan proses itu berjalan dengan lancar.
Menurutnya, BNBBC mengambil langkah tersebut untuk memastikan pendirian setiap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam isu 1MDB berasaskan fakta serta maklumat tepat bukannya atas kesetiaan terhadap parti semata-mata.
“Saya menghormati kedudukan PAC sebagai sebuah jawatankuasa tetap Parlimen. PAC telah pun menerima permintaan Arul Kanda untuk ditangguhkan kehadirannya kepada suatu tarikh baharu menggantikan pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa lalu,” katanya.