BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BMW perkenal model elektrik i3

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_10.1.jpg

KETUA reka bentuk rangkaian model i BMW, Benoit Jacob memberi penerangan ketika memperkenalkan kereta elektrik BMW i3 dalam satu majlis di London kelmarin.

FRANKFURT - Pengeluar kenderaan mewah dari Jerman, BMW AG semalam memperkenalkan model elektrik kompaknya yang dikenali sebagai i3.

Model i3 dibina menggunakan material gentian karbon untuk mengurangkan berat dan meningkatkan prestasi pemanduannya.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW AG, Norbert Reithofer menegaskan bahawa i3 memang dibina sebagai sebuah jentera elektrik sejak awal lagi.

BMW AG menyatakan, i3 dibina di kilangnya di Leipzig, Jerman. Ia berupaya mencatat kelajuan daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh hanya 7.2 saat.

Dengan satu caj penuh, i3 boleh bergerak sejauh 130 hingga 160km manakala model yang dilengkapi enjin konvensional boleh mencatat jarak sehingga 300km.

Kereta i3 dijangka dijual di pasaran Jerman serta negara Eropah lain pada November. Ditawarkan pada harga AS$46,000 (RM148,441) seunit, ia bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan China pada tahun depan. - AP
 
alamak..cantik dah tu..tang muncung je fail
 
.
BMW-i3-coupe-concept-at-Los-Angeles-auto-show-rear.jpg
 
tengok dari sisi dah smart n garang giler dah...heee
 
klw mau caj penuh berapa jam lak mau tunggu..:-?
 
klau tgh2 jalan btry out camne?hahaha.. ade powerbank gak ke?
 
cam kereta konsep sudaaa..
 
Back
Top
Log in Register