BTC USD 86,424.0 Gold USD 4,147.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BMW E90 320i 2007 - used

fuhh.... syabas TT .... Moga bisnes makin maju!!!!
 
SAlam Lebaran Semua !!! Hari pertama buka PC selepas bercuti, memang betul-betul menduga kesabaran......

1. Pergh, Shazjr sedapnya kamu stamp orang SCAMMER yea....terima kasih, aku punyalah berkorban (macam-macam) demi kreta dan duit 50k kamu tu hingga dapat ganti rugi (325i). Ini yang kamu tabur dalam thread ni ya....terima kasih. Nanti dah dapat kreta pandai-pandailah kamu testi masa sendiri ya....

2. Bagi semua CGrians Shazjr cuma beli kereta second hand dan bukan kereta baru. Banyak perkara yang terjadi semasa proses dilakukan termasuklah sepasukan penyiasat dari S*R* yang aku rasa salah seorang dari CGrians yang punya angkara yang telah melanggar bank panel kami, staf-staf MITI dan company partner aku. Tapi, mereka pulang dengan keputusan laporan palsu daripada pelapor (kurang hajar).

3. Lepas tu disebabkan kepelbagaian keajaiban yang dicipta Mangkuk Hayun tersebut, semua benda pending tak tentu pasal terutamanya dengan MITI. Aku pun dah hampir dapat tahu siapa yang punya kerja dan aku akan cari dia sampai dapat.

4. Aku broker kereta. Menjanjikan semua yang di dalam landas pengalaman dan kelaziman perniagaan yang aku jalankan. Tapi bila ada halangan-halangan ciptaan macam ni, memang aku kalah kerana benda ni semua di luar kawalan aku.

5. Untuk sesiapa sahaja yang berurusan dengan aku dan Tristar MH Rayyan Autonet Sdn. Bhd. tolong dapatkan penjelasan dari kami dan tidak mendengar sebelah pihak sahaja.

6. Shazjr akan dapat juga kereta beliau dengan gantirugi (partner aku upgrade kereta dia). Ada sesiapa yang concern about berapa banyak ganti rugi yang company kena tanggung demi nak puaskan hati satu pihak demi mengelakkannya dari berkata buruk kepada kami ?

7. Shazjr aku rasa tak perlu lah aku minta maaf kepada kamu sebab dalam telefon macam ko dah faham apa yang berlaku tapi dalam thread ni kamu menghentam periuk nasi orang. Untuk kes kamu saya tidak mendapat satu sen pun setelah proses gantirugi dibuat. Thanks.

8. Aku tetap broker kereta dan menjalankan perniagaan macam biasa. Customers are welcome.

9. Aku sangat kecewa bila sedar Thread BMW e90 used ni dah masuk ke dalam Scam&Alerts.

10. Waimah apapun aku redha.

Alhamdulillah TT dah bersuara dan usaha menyelesaikan kesusutan sedang dilakukan.

Untuk makluman TT...dah jadi kebiasaan disini jika janji tak dapat ditunaikan on time mereka akan minta tread tersebut dipindahkan ke section ini lebih2 lagi bila TT tak jengok untuk update berita.

Jadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk semua peniaga di CG bukan hanya TT saja.

Harap bila dah selesai isu nie pihak yang meminta MOD pindah tread ini ke sini dapat minta dipindahkan semula ke section yg sepatutnya dan jika boleh minta MOD delete semua reply tentang isu nie agar prospek dimasa depan tak rasa was was untuk berurusan dengan TT.
 
Shazjr x pnh kate TT scammer..malah slalu back-up TT.. perkara ni dh settel kot.. pembeli pn dh dpt kete kn..
 
SAlam Lebaran Semua !!! Hari pertama buka PC selepas bercuti, memang betul-betul menduga kesabaran......

1. Pergh, aku bukan scammer....terima kasih, aku punyalah berkorban (macam-macam) demi kreta dan duit 50k tu hingga dapat ganti rugi (325i).

2. Aku broker kereta. Menjanjikan semua yang di dalam landas pengalaman dan kelaziman perniagaan yang aku jalankan. Tapi bila ada halangan-halangan luar skala, memang aku kalah kerana benda ni semua di luar kawalan aku.

3. Untuk sesiapa sahaja yang berurusan dengan aku dan Tristar MH Rayyan Autonet Sdn. Bhd. tolong dapatkan penjelasan dari kami dan tidak mendengar sebelah pihak sahaja.

4. Shazjr akan dapat juga kereta beliau dengan gantirugi (partner aku upgrade kereta dia). Ada sesiapa yang concern about berapa banyak ganti rugi yang company kena tanggung demi nak puaskan hati satu pihak demi mengelakkannya dari berkata buruk kepada kami ?

5. Untuk kes Shazjr, saya tidak mendapat satu sen pun setelah proses gantirugi dibuat. Thanks.

6. Aku tetap broker kereta dan menjalankan perniagaan macam biasa. Customers are welcomed.

7. Aku sangat kecewa bila sedar Thread BMW e90 used ni dah masuk ke dalam Scam&Alerts.

8. Waimah apapun aku redha.

Maaf Shazjr saya tidak pernah scam anda....:(
 
TT jgn emo sangat...'mangsa' tak pernah kata TT scam ke ape...biasala kalau jadi kat aku pon sama gak...takpe TT, janji dah dijelaskan...jadikan pengajaran :)
 
Maaf Shazjr saya tidak pernah scam anda....:(

Adat orang Melayu memang suka menjahanamkan bisness bangsa sendirik. Pengalaman banyak mengajar. Sapa yang rasa orang Melayu tu fikir2 ler termasukler aku sendirik. Tuhan maha adil. Tapi kalau dah tak percayakan Tuhan, tak boleh nak cakap aper ler.
 
Adeh laa.. Bila masa plak aku kata TT cuba nak scam aku plak ni? Aku quote balik apa yg aku post dlm thread ni utk TT nilaikan & fikir sebelum tuduh aku macam2..

Salam semua...

Firstly aku nak minta maaf pd TT sbb terpaksa buka citer kat sini disebabkan aku dah fed up dgn berbagai alasan yg aku terima dpd partner dia sejak deal pembelian kete ni berlangsung..

Asyik dok tangguh dari sehari ke sehari... aku dah tunggu sejak 28/7 lg & hari ni setelah 40 hari, masih belum settle lg..

Last skali td dia janji esok akan release kete.. so kalau esok tak keluar jugak, mmg aku cancel deal ni & TT tlg la cari partner u tu dan suruh dia pulangkan balik duit aku sebelum raya.. :(scam

p/s: sorry again TT, aku dah tak boleh nak sabar dgn partner u yg dok tangguh2 & janji mcm2..

proof tu mmg ada sbb duit tak bg by hand, tp transfer to account.. Stakat ni aku tak kata la benda ni scam, cuma fed up dok tunggu lama..

Spt yg aku kasitau sblm ni, esok last day aku bg kat partner TT utk settlekan kereta tu. So far aku tak kata TT cuba nak scam aku, cuma style partner dia yg dok bertangguh tu buat aku bengang.. time nak deposit bkn main lg..

So aku dah sabar sebulan lebih & harap member2 CG doakan deal ni genuine.. esok penentuannya jam 8 mlm... sama2 kita nantikan

Pd aku, TT dah buat sehabis baik sepjg deal ni berlangsung.. Cuma partner dia yg spoil..

aku takde la kata TT bersalah @ tak. Tp yg pastinya dia pun kena la tanggungjawab. Skrg aku tunggu jam 8 ni sbg penentuan sbb aku reject utk tangguh walau sehari pun lg. Apa yg aku tau, TT tgh berusaha utk convince kan partner dia utk release kete mlm ni juga.

Sblm ni masuk loan cimb, katanya salinan AP tak clear & perlu request yg clear dr miti. Sbb tu pg td baru dpt. Tp diberitahu plak loan masuk kat RHB plak. Aku tak kisah la masuk mana2 pun yg penting settle segera.

trima kasih pd semua yg concern psl kes aku ni. Setelah berbincang panjang td dgn TT & partner dia, akhirnya aku setuju utk cancel order kereta ni. Kalau proceed pun mmg boleh sbb semua dokumen dah submit pd bank tapi maybe lepas raya gak akan settle.. Penyelesaiannya, partner dia setuju bayar balik duit aku esok tghari atau tukar dgn model 325i tahun 2008 unregistered dgn harga yg sama. Utk kete ni partner dia janji max 2 minggu utk urusan tukar nama & loan shj sbb kereta mmg ready stok.

Skrg aku dlm dilema plak.. Alang2 aku dah tunggu sebulan lebih ni, apa salahnya tunggu lg 2 minggu.. Ataupun ambil balik je duit aku & tenang raya kali ni walaupun tanpa kereta baru. Ada siapa2 boleh komen tak?

Patut la aku cari thread ni tak jumpa, rupanya dah pindah section.

Terima kasih skali lagi pada semua yg masih setia dgn aku menunggu perkembangan kes ni.. Setelah berbincang panjang dengan partner TT, aku bersetuju untuk bagi masa 2 minggu untuk TT settlekan kes ni..

Skrg aku cuma dapat harap partner TT dapat selesaikan kes ni dlm masa yg dipersetujui. Sampai skrg aku tak rasa TT cuba nak scam duit aku. Maybe urusan pembelian ni ada masalah dari awal since Miti lambat release salinan AP kpd bank maybe disebabkan bulan puasa dan nak raya.. tambahan pulak owner refuse nak release kete pd aku disebabkan kete tu masih nama dia & dia risau kalau jadi apa2 pd kete tu.. Sbb tu owner nak tunggu settle loan baru release kete..

So aku harap kawan2 CG dapat bersabar bersama2 aku dlm menanti perkembangan kes ni.. maybe ada yg ckp aku ni degil tak amik balik duit tu & biar diri kena mudah2 kena scam gni.. aku amat hargai komen kawan2 tetapi hati aku berat kpd utk teruskan deal ni dan tunggu 2 minggu lagi. Aku dah usaha, seterusnya tawakkal pd Allah.. Semoga dipermudahkan-Nya..

Selamat Hari Raya pada semua warga CG.. Maaf Zahir & Batin..
 
Delta Squad is the best!!! Keep it Up buddy. Support u from behind.
 
Back
Top
Log in Register