BTC USD 83,959.0 Gold USD 4,140.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"BLUE" Pada PC Anda?

Pay-Bux

Active+ Member
Messages
3,542
Joined
Jan 18, 2012
Messages
3,542
Reaction score
248
Points
33
Pernahkah terjadi apabila anda membuka Program File, C:, D: dll sesetengah folder dan file tulisanya berwarna biru??? Mesti anda ingat PC anda diserang VIRUS...

biru.png

Text pada folder jadi biru menunjukkan ianya telah di 'compress' -->Save disk space
kalau yang warna hijau pula bermakna telah di 'encrypt' -->Tak boleh run atau buka kat komputer lain
Fungsi ni khas untuk fail sistem jenis NTFS.

hijau.png

Right click pada folder tersebut --> klik 'properties' -->pada tab General klik butang 'Advanced..'

Kemudian buang tanda (untick) pada 'Compress contents to save disk space' -->klik OK-->klik OK @ 'Apply' button-->klik OK

Kalau keluar 'Error Applying Attributes' just klik button 'Ignore All' (Ini disebabkan ada program dlm folder tersebut tengah running)

Seterusnya tunggu saja komputer buat kerjanya......

rightx.png


advancedt.png


untick.png


hitam.png

Apa kelebihan/kekurangan jadi tulisan biru dan apa makna save disk space?

Takde kelebihan pada warna tulisan tersebut, ia hanya menunjukkan/memberitahu bahawa folder telah di 'compress'

Mengenai 'save disk space' pula...
Jika kita right click pada suatu folder --->properties,
pada tab 'General' terdapat maklumat seperti:-

Size: xxxMB (..... bytes) -->Saiz sebenar folder/fail
Size on disk: yyyMB (.... bytes) -->Saiz yang diguna utk simpan/tulis pada harddisk

Cuba 'compress' dan 'uncompress' utk. lihat perubahan 'Size on disk'....

Files 'biru' yang di compress tu PC akan pilih yang dah lama kita tak guna. Yang selalu guna dia takkan compress - sebab kalau nak buka and baca files 'biru' tu akan amik masa lama sket compared ngan files lain yg color itam.



nota: saiz fail yang besar dalam folder akan menyebabkan proses penukaran mengambil masa yang agak lama

Show_Encrypted_Compressed_File_Folder_Name_Blue_Color.png


ni cara paling mudah rasanya....

Tools-->Folder Option-->Views-->Untick Box "Show Encrypted Compressed NTFS File in Color..



Salam and greeting all,

1. Dari pemerhatian saya, budaya berterima kasih kepada orang yang telah membantu menjawab dan menyelesaikan masalah anda secara PERCUMA di forum carigold ini sangatlah kurang.

2. Bangsa Melayu dan penduduk di Nusantara ini, secara lahiriahnya telah diasuh dan diajar untuk kita berterima kasih kepada siapa sahaja yang telah membantu kita. Jadi ia bukan sahaja bagus diaplikasi didunia offline sebaliknya boleh juga digunakan kedalam dunia online melalui button Thanks
post_thanks1.gif


3. Tahukah anda, jika anda klik butang Thanks itu, ia akan meningkatkan semangat untuk ramai CGrian yang mempunyai ilmu dan pengalaman bagi selesaikan masalah anda dengan lebih jitu lagi. Ia tidak secara langsung, akan menjadikan sesuatu section yang ada menyediakan button Thanks akan meriah, post jawapan sangat berkualiti dan paling penting masa untuk selesaikan masalah anda jadi cepat, mungkin baru post sesaat, sudah mendapat jawapan cepat dan betul.

4. Dengan sikap anda yang berterima kasih itu, anda dapat pahala, dapat ilmu dan masalah anda selesai manakala orang yang menerima rasa gembira dan mendapat pahala juga keatas amalan mulia tersebut.

5. Akhir sekali untuk section PC Users Problem, Q & A ini saya dan saudara fnd75 selaku moderator bertugas akan edit thread anda untuk mana-mana kes masalah yang telah selesai dan sudah tahu jawapan penyelesaian. Ia akan jadi contoh macam ni.
icon14.gif
[Kes Selesai] Windows detected a hard disk problem - settle bila tukar hdd baru

6. Selain itu gunakan juga fungsi, Search this Forum yang terletak dipenjuru kanan atas section ini bagi menjimatkan masa anda mencari jawapan macam mana hendak atasi masalah, kerana mungkin masalah anda telah dibincangkan sebelum ini.

Sekian Terima kasih.
 
Last edited:
baru ku tau. igtkn kaler biru ade special ape ke. thanks tt.
 
hehehe kalau sy dulu cukup setahun pakai pc tu nampak je fail folder kaler biru trus delete masuk recycle bin. hehehe
 
Dpt belajar benda baru hari ni..thank you.
 
selama ni aku x prasan pon..
 
Back
Top
Log in Register