BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BLOGSPOT pertama dalam hidup!!!

john sparrow

Active Member
Messages
1,725
Joined
Apr 7, 2010
Messages
1,725
Reaction score
389
Points
46
Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua sahabat-sahabat CG, saya buka thread ini untuk :

1-Menawarkan Perkhidmatan Membina Blogspot
2-Menawarkan Semua Perkara Berkaitan Blogspot

Tapi sebelum itu saya ingin menceritakan satu pengalaman saya untuk dikongsi bersama. -(Nasihat buat yang sering GAGAL)-

2008
Saya baru mula menjinakkan diri untuk mengenali apa itu Blogspot

2008-2010
Meninggalkan bidang blogging selama 2 tahun lebih kerana bosan dan tidak paham langsung apa itu BLOGSPOT.(Pendek kata saya ni buta IT)

Tiba satu malam, tergerak hati untuk membina sebuah blog seperti yang kita sering dengar..
"Blog boleh menjana kewangan",
"Blog boleh mendatangkan keuntungan dari hasil jualan online"
"Blog itu,Blog ini" bla bla!!

Sekali lagi pada malam itu, ketika anak dan isteri sedang diulit mimpi, saya bangun dan cuba memahami apa itu BLOGSPOT

Bermula dari laman Blogger Draft, sehinggalah ke Publish Post saya buat. Akhirnya success!!

Tapi blog tu tak ubah macam gambar di bawah :

web_blogger_temps4.gif


Haha..saya pasti ada diantara anda yang sedang baca ni pernah terjadi seperti saya.
Inilah gambaran blog pertama saya..
Huh..seronok tak terhingga.. maklum la dah ada nama dalam internet..haha
(Zaman tu template blog masih tak banyak yang canggih2 atau yang dah siap punya template, yang ada cuma blog template dari Blogger draft tu je)

Lepas dari hari itu, tiap2 hari saya masukkan post produk jualan saya yang baru. (Update le)tapi apa yang mengecewakan, tak pernah ada 1 orang pun yang pernah menghubungi saya untuk tempahan barang yang saya jual.(Macam Blog Syoq Sendiri)

Terdetik lagi sekali didalam hati nak surrender gunakkan blog...hampeh!!

Tiba-tiba saya ternampak ada Comment dari 1 orang ni lebih kurang macam ini ler bunyi nye
"Blog awak memang teruk, post tunggang langgang, gambar pun takde, MEMBOSANKAN dan MENGHABISKAN MASA saya jer!!!"
Huh..memang perit.. saban hari ada saja komen yang saya terima berbunyi macam bom nak meletup..sampai ada yang suruh saya tutup akaun blog tu.(Betapa Butanya IT saya)

Terima kasih kepada anda semua yang sudi berterus terang kepada saya tentang kehodohan blog kelahiran pertama itu..

Tetapi hari ini 2012
Saya telah mendaftarkan sebuah syarikat khas beroperasi sebagai pereka laman BLOGSPOT secara terus kepada pelanggan.

Telah membangunkan lebih dari 200 Blog (Blogspot/WP/) pada tahun 2011&2012

Mempelajari teknik Blogging dari UNIVERSITY OF GOOGLE, kini saya mampu menghasilkan Template sendiri, yang sering di pilih oleh para pelanggan.

Hasilnya anda boleh klik di siggy
(Saya tak boleh nak letakkan semua blog2 yang telah saya bangunkan,cuma sedikit sebagai tatapan anda)

Setiap hari saya perlu habiskan masa dihadapan laptop ni lebih dari 8 jam untuk menyiapkan 2 blog( Setiap hari pasti ada permintaan)

Tanpa Nuffnang, Adsense dan lain-lain tetapi saya juga mampu meraih pendapatan yang agak baik hanya menggunakkan PLATFORM BLOGSPOT.....

Terima kasih kerana sudi membaca kisah SI BUTA IT

Ingat Blog, Ingat Sparrow!!
 
Last edited:
blog sy ok tak...?ke kena ada penambahan utk bg nmpk menarik..???blog ada kat siggy....
 
Ingat Blog, Ingat Sparrow!!


syabas trademark ni ekekekeke

bagus2.....
 
berapa harganye??
 
Back
Top
Log in Register