Ok, lepas da memilih jenis blog yang kita nak buat, either niche ataupun non niche (peribadi) jom kita beralih kepada perkara yang lebih teknikal.
Untuk mula buat duit diinternet, korang perlu keluarkan kos, iaitu pembangunan blog. Dalam erti kata lain, korang kena la beli satu wordpress self-hosted punya blog.
Saya sarankan supaya beli dengan NetKL.com. Servis memang terbaik, dan untuk starting RM 60 sahaja setahun, berbaloi wooo.. Saya sendiri ada lebih kurang 6 hosting bawah NetKL sahaja sebab support diorang sangat best. Plus dari Malaysia, dan korang boleh calling untuk apa2 masalah.
Link dia.. :-
http://netkl.com
- Buat akaun dalam NetKL dulu
- Login dalam akaun
- Buat belian dengan mengambil package MySilver
- Pilih domain yang korang suka. Bab pemilihan domain akan saya panjangkan.
- Dan buat bayaran. Via Maybank2u , CIMB atau EON, atau Paypal.
- Send email kat diorang.
Pastu install la blog wordpress dalam hosting korang. Tak susah pun. Login dalam Cpanel yang diorang kasi tu.
Tukar password yang diorang kasi kepada password yang korang suka.
Scroll ke bawah di bahagian Software, dan pilih Wordpress. Sekejap je nanti diorang akan setup semuanya.