BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Blogging Kamikaze :- Alang-Alang Blogging Sampai Kaya

tenteraangin

Active Member
Messages
2,029
Joined
Aug 23, 2009
Messages
2,029
Reaction score
178
Points
38
Bismillah

Rasanya, tiba2 je minat nak berkongsi dengan forumer CG sekalian untuk teknik Blogging sampai berduit. Hehehe.. Dulu bro Marzuki da bukak tutorial dia jana RM 20k. Jadi, thread ni cuma nak bagi variety jer kat semua pemula.. Jom la, kita start dari awal..

Step Pertama sebagai blogger :-

Sebagai seorang yang baru dalam blogger. Saya sarankan supaya bermain dahulu dengan blogspot. Dapatkan pendedahan secara praktikal sebagai blogger. Dari blogspot lah, korang akan belajar serba sedikit mengenai IT, seperti HTML coding, edit theme sikit dan sebagainya..

Dan, penting untuk orang baru start daripada blogspot supaya dia dapat feeling dulu. Lagipun blogspot free, dan friendly user. Korang pun nanti tak ralit kalo apa2 jadi.

Duration Time :- Sebulan untuk korang men ngan blogspot.

ok, Step kedua akan disambung perlahan2 :)
 
menarik tuan....just buat tambah2 ilmu.....
 
terbaik bro...ajar dari basic hinggga advance..
 
70 peratus rakyat dah mula berblogging...anda bila lagi....hehe
 
dari blogspot la sy belajar ttg ilmu html. tak la hebat mana, boleh la adjust serba sedikit.
 
Step Kedua :- Lepas sebulan men blogspot

Lepas korang da ada sedikit basic dalam blog, barulah korang mula mencari idea bagaimana untuk menjana pendapatan melalui blog

Bawah ni, adalah sebuah cara bagaimana untuk menjana wang dari blog secara serentak :-

- Adsniaga.com
- Says.my
- Bila traffik mencanak, baru tukar kepada Innity
- Dropship

Adsniaga dan Innity:-

Letak kat bahagian header, sidebar, dan setiap akhir post
Tolong jangan buat dia jadi hover kat tepi blog. Annoying weh...

Says.my :-

Hari2 rebut campaign kat sana.. Kat sini saya ajar teknik Blackhat Says.my. Tapi, nama pun blackhat, kemungkinan besar akan di banned atas alasan fraud click. Kalo pandai twist selamat lah ye. Bawah ni teknik Blackhat dia

<a href=""
onmouseover="parent.location='LINK SAYS'">
LETAK TEXT DISINI</a>

Gantikan URL tu dengan URL Says.My. Letakkan URL ni kat tengah2 posting, ataupun kat sidebar, asal orang hover je mouse diorang kat link ni, plup, automatik diorang akan terklik.. Simple rocket science.

Dropship :-

Paling mudah. Korang tak kesah la nak jual benang secara online ke, baju kurung ke apa ke, asalkan boleh buat dropship.

Dropship ni korang kena buat dalam bentuk page, bukan post, kalo tak nanti akan ganggu flow blog korang.

Korang kena design satu banner pasal barangan dropship korang supaya reader tahu korang adalah penjual etc etc secara sampingan. Dan letakkan banner tu kat bahagian sidebar paling atas.


Melaksanakan dropship, sila ikut flow kat bawah ni, bawah ni adalah sistem jual beli yang aku tiru daripada Escrow.com. Akan menyelamatkan korang daripada tertipu dan rugi disebabkan supplier buat hal.

Pembeli nak beli -> Bayar pada akaun korang -> Korang inform supplier dan tunjukkan bukti bayaran pembeli -> Supplier hantar barang /COD -> Dapatkan feedback pembeli --> Buat bayaran kepada Supplier

Flow kat atas ni, korang guna andai supplier korang adalah orang perseorangan, if kalo korang amik dari kilang, memang tak dapat ler.
 
Jadi, setelah korang tau potensi untuk janawang, tibalah masanya untuk serius dalam berblogging. Korang perlu tau dulu, terdapat dua jenis blog :-

Niche blog
Non-niche Blog

Niche blog ni merupakan blog yang bercerita mengenai satu bidang. Sebagai contoh artis, perniagaan, hobi, cerita seram dan sebagainya.

Non-niche blog ni adalah blog yang santai. Kepunyaan anda dan boleh tulis apa sahaja dalam blog korang.

Jadi, korang tentukan dulu mana pilihan niche blog korang tu. Dan diharap korang haruslah memilih jenis blog ni berdasarkan minat korang. Kalo takde minat, memang susah nak jalan blog korang nanti.
 
Step Keempat : Kenali Advantage Jenis Blog Anda.

Niche Blog

Sekiranya anda memilih niche blog yang mempunyai pengkhususan terhadap sesuatu perkara. Ini adalah baik untuk anda jika ingin membina kredibiliti terhadap pengkhususan tersebut. Sebagai contoh niche pendidikan. Semakin banyak anda post, semakin banyak kredibiliti yang anda dapat.

Teknik tarik trafik yang amat relevan terhadap niche blog adalah melalui SEO. Cara untuk pelaksanaan SEO akan diterangkan pada post lain kelak.

Non Niche Blog

Sekiranya anda membina sebuah blog untuk diri anda, suka2, dan selalu dengan isu semasa, jadi, agak sukar sekiranya untuk anda menjual sesuatu. Berniaga Di internet agak susah berbanding buat duit di internet untuk non niche blog.

Cara yang paling relevan untuk menarik trafik pada jenis blog begini adalah melalui Social Media seperti Email dan FB
 
Back
Top
Log in Register