Alhamdullillah
Saya ada saudara Tokey Guard Comp...masa ni..Guard dia dah lebih 1000 org..
Bagus busnes Guard ni....Basically...profit margin beso!...kalo sorang Guard anggaran untung bersih sebulan..dlm RM 200....kalo ada 1000 guard? fuhhh....
Masalahnya....nak secured ...kena ambil tender kerajaan....payah nak dpt...saingan dgn big players..

(cth,...dpt satu hospital kerajaan pun dah cukup makan...60 Guard ooo)
Masalah kos....Kata saudara saya...payment lambat...misalnya ada satu hospital yg di pegang...tak bayar dia 8 bulan...so...dia tetap kena bayar gaji guard dia ...katakan RM 1000 X 60 org X 8 bulan...= 480 000 ooo dia kena tanggung...sebelum dia dpt payment...
psss...jangan cerita org...yg saya tau..charge 2 guard...dlm RM 3k...so...dia dpt...RM 720 000.00
so...duit kena kuat...
Satu lagi...saya kesian tengok dia melayan karenah "perkerja/manusia"....ambik org asli...cukup bulan...semua lari balik masuk hutan
Setahu saya...perlu ada "PEGAWAI TINGGI " pasukan serangam jadi director comp...baru boleh dpt lesen...
Ni saya copy paste sikit syart dia..
:::: Syarat Penubuhan Syarikat Baru ::::
1. Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971:
(i) Lesen 2(a)
“Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain…”
(ii) Lesen 2(b)
“Mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti-aktiviti atau hal ehwal seorang lain”
2. Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat permohonan lesen Agensi Persendirian di bawah Seksyen 3, Akta Ejensi Persendirian 1971 bagi permohonan lesen 2(a) ataupun lesen 2(a) dan lesen 2(b) adalah mengikut syarat-syarat seperti berikut:-
(a) Salinan kertas kerja perancangan perniagaan bersama biodata pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat.
(b) Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya SAC II ATAU Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat; ATAU
Salah seorang terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 atau yang mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setaraf dengannya memegang 30% ekuiti saham syarikat.
(c) Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
(d) Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.
(e) Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%.
3. Bagi lesen 2(b) sahaja, Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat-syarat seperti berikut:
(a) Salinan kertas kerja perancangan perniagaan.
(b) Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia atau Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya ASP atau Kapten yang memegang 30% ekuiti saham syarikat.
(c) Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
(d) Mempunyai modal berbayar RM50,000.00