saya x amik francais..beli mesin sendiri, perisa pun beli sendiri..jual harga rm2.00 sebatang.
cara pengiraan dan jualan dia lebih kurang begini..
~ modal sebatang/secucuk kentang spring (dah cucuk n tarik panjang kita kira sebatang la bukan sebijik lagi)cuma 60 sen termasuk kos kentang, lidi, perisa, sos, mayonis, plastik pembungkus, minyak, gas. Harga jual rm 2.00. Jadi sebatang/secucuk kentang spring tu kita untung rm 1.40 bersih.
Katakanlah sehari dapat jual 100 biji kentang dah rm140 dapat.
Busuk2 pun 50 biji kentang boleh jual sehari..dah rm70..
Andaikata pendapatan pendapatan harian bersih rm80 sehari kali dengan 26 hari berniaga..sebulan dah rm2080. Boleh sgt la tu..
* Ini kiraan saya yang berniaga selama 3 jam sehari dari pukul 8.30 mlm hingga 11.30 mlm. Kalau nak income lagi masyuk..jual lebih masa lagi atau ikut pasar malam atau ekspo2..sehari rm1000 bersih pun boleh dapat..
Tips:
~ kalau nak jimat jangan jual guna pelbagai perisa..selalunya diaorg jual cuma guna perisa black pepper saja..atau bleh juga cipta sendiri..harga rm2 jugak.
Tapi kalau kita ada perisa..itu adalah satu bonus, pelanggan lebih tertarik dgn perisa pilihan. (Perisa agak mahal..RM35-40 sekilo). Saya guna perisa BBQ, Tomyam, Cheese dan jagung
~ kalau nak start bisnes ni..better start dari sekarang..dlm 6 bulan ni, boleh pulun buat duit betul2..lepas tu mungkin akan jadi mcm jus jambu..dh terlampau bnyak org jual..
~ jual tempat tumpuan org ramai yg ada budak2 muda dan kanak2...mcm tepi pantai, ekspo, tmn mainan, berdekatan pasar raya, . saya jual tempat area student dan kawasan perumahan, berdepan dgn kedai nasik kandar..Alhamdulillah..rezeki..
~ lebih baik buat sendiri..jangan beli yang francais punya...mahal dan kita pun x boleh letak harga kita sesuka hati..
Tapi bagi yg berkemampuan mungkin boleh mencuba francais punya ..