BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bisnes Kedai Runcit

betul bos..memang sesetengah barang tu kita jual takda untung,seperti barang keperluan harian dan barang kawalan seperti gula dan minyak masak..nak untung 5 sen pun susah..kadang kita terpaksa jual harga rugi demi menarik orang ramai datang kedai..

barang kawalan kalau pandai cari lubang mesti untung banyak tuan, contoh gula saya jual harga rm2.69 sekilo berbanding pasaraya jual 2.94/kilo. jual harga 2.69 pun saya masih untung 42sen, maksudnya kos rm2.27/kilo. nak murah kena ambil banyak2?. itu tak dinafikan tapi kalau ada hubungan baik dengan pembekal, ambil sikit pun dah dapat harga murah tapi harus diingat barangan runcit ni tak menentu harganya, so far harga gula contohnya yang saya jual tadi, harga tu dah mula pada oktober 2018 dah nak dekat setahun saya jual harga tu. kalau nak contoh yang lain pula nanti saya bagi
 
buka kedai runcit mesti nak kena jual rokok, rokok pulak fatwa kata haram, mcm mana tu?

tidak semestinya tuan, so far saya niaga kecil-kecilan memang saya tak jual pun rokok, saya pun tak suka orang merokok. Majoriti perokok tak ada adab
 
kedai runcit yg laku topup, air, maggi...
barang keperluan lain ramai beli kat pasaraya besar...
aku buka juga kedai runcit, tp bila ada pasaraya baru buka x sampai 10km drpd kedai, sale jd sendu...
skrg masih bertahan tp xleh kaya mcm kedai runcit acheh...
nak naikkan harga barang, kesian kat org kampung...
buka kedai runcit cabaran besar, kena buka drpd pagi sampai malam kalau nak survive...
lebih senang buat bisnes online, jd dropship tp bisnes offline kena ada juga sbg backup plan...
bisnes offline sale hari2, online ada hari xde sale...

sama la tuan, maggi memang top sale, saya jual maggi kari 5/5+1 rm3.79. Speedmart pun jual rm4.20
 
kalau buat kat kawasan flat

bawah flat ok juga

malam malam orang flat malas nak keluar jalan

turun flat beli terus barang

buat 24 jam

sempoi kot

kalau flat ramai orang

mesti buat duit hari hari
 
tidak semestinya tuan, so far saya niaga kecil-kecilan memang saya tak jual pun rokok, saya pun tak suka orang merokok. Majoriti perokok tak ada adab

tahniah tuan..mmg kebanyakan peniaga akan jual rokok lagi2 yg tak ada cukai pny utk untung lebih.
 
kalau takde kedai bole tak beli mee maggi dari salesman?

Boleh, tp kena kenal salesman dan ada hubungan baik dengannya, sebab nak beli comp akan keluarkan inv atas nama syarikat tertrntu, disini pentingnya hubungan baik tu, jadi salesman akan order atas nama sesebuah kedai dan set masa hantar di mana2, yang penting kena standby time barang sampai terus ambil dan bayar cash, ni biasa orang buat tapi leceh sikit la, kalau pandai nego saleman tu akan beri komisen lebih
 
Back
Top
Log in Register