adeh, ramai pulak yang hentam aku. Hehehe. Aku just bagi pendapat je, kalau berniaga pastikan kena dengan kemahiran dan minat, dan juga kena dengan jantina. Bukannya nk hina pompuan xleh buka car wash. dan memang la ramai laki buka butik jahitan dll tapi kena fikir jangka masa panjang.
Aku bagi contoh gini la, kalau nk buka car wash, ada mentor atau x? first sekali dalam mana2 bisnes, better ada mentor iaitu kawan yang memang dah run bisnes tersebut, barula kita bersedia dengan masalah2 yang timbul nanti. Then pasal pekerja plak, sah2 semua lelaki, majoritynya pulak akan hire pendatang asing untuk jimatkan kos. So, aku rasa perempuan akan ada masalah nanti.
Kalau tokey kedai jahit wanita ni lelaki, agak2 ramai tak returning customer? nk borak pun segan, takkan laki nk ukur org perempuan. Memang la bleh hire pekerja, tapi percaya la, kalau bisnes tokey harap nk ada ofis dan duduk je dalam ofis aircond tanpa merasa keje2 orang bawah, x lama la bisnes tu. Lain la kalau nyah bukak butik, tu cerita lain la.
Gini la senang cite, aku x reti masak ataupun x sedap masak, tapi kalau bukak restoran, memang la bleh gajikan pekerja tapi lambat laun akan ada ketika ko perlu gak masak. So, buat bisnes yang ko memang konfiden ko mahir.
Kepada tuan empunya thread, teruskan usaha bukak bisnes tapi pastikan ada orang lelaki yang support, suami atau adik beradik lelaki atau ayah.
p/s : Aku skang bisnes cyber cafe, zaman2 gawat ni banyak keje service komputer aku buat sendiri, alhamdulillah aku memang minat komputer dari dulu.
Wassalam.