BTC USD 82,942.1 Gold USD 4,137.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bisnes Campsite

Sebagai persediaan jika ada bencana seperti kepala air, mungkin itu yang jadi isu.
Macam camp site tak berdaftar yang kena runtuhan tanah tempoh hari.
Masak camp site tu kena saman dengan waris.
Setakat ni xde lagi lesen untuk campsite
Tapi org skrg mmg suka camping

Dan tapak ade yg ikut pack ade yg ikut tapak

Yg aku p sewa tapak. Agak mahal rm200 paling murah. Boleh la muat satu kereta n 2 khemah

Pack pun lebih kurang je
Rm30 perhead. Kalau family aku dah rm120
Tapak kecik
 
For sure mesti kena permit yg endorse kita utk jalankan bisnes ni. Tapi rasanya belanja utk permit tak besar mana pun. SOP pun mesti kena ikut so kalau jadi bencana alam mcm kepala air kita takkan disalahkan. Kalau ada warga CG yg ada tanah area ni mmg best. Mungkin bole bukak peluang JV satu.
Kalau selalu jadi or pernah jadi kepala air, baik jangan buat campsite site
Kalau ade pun make sure ade spotter n ready setiap kali hujan
 
Untuk bencana luar jangka boleh je bagi customer sign surat pelepasan...tidak bertanggungjawab kalau apa2 jadi..

Yg buat campsite ni ade buat sewa khemah juga, tilam angin..extension..
 
Untuk bencana luar jangka boleh je bagi customer sign surat pelepasan...tidak bertanggungjawab kalau apa2 jadi..

Yg buat campsite ni ade buat sewa khemah juga, tilam angin..extension..

Surat disclaimer tu saya rasa tambahan protection utk owner tapak. Priority utama kena ikut SOP kot. Owner tapak chinese biasa yg rajin keluarkan disclaimer tu sbb apa2 hal diaorang tak nak tanggung liability.

Info site @ViperX forward tu mmg tepatla rupanya mesti kena ada permit/lesen. Tapi tak pasti adakah ini wujud awal lagi ataupun slps kejadian tanah runtuh site yg takde permit tu.

SYARAT - SYARAT Permohonan setiap projek pelancongan adalah ditimbang mengikut meritnya dari masa ke semasa berpandukan syarat dan ciri-ciri umum seperti berikut : Sasaran pasaran projek adalah tertumpu kepada pelancong-pelancong sama ada pelancong tempatan ataupun pelancong asing. Syarikat penganjur projek pelancongan itu hendaklah diperbadankan di Malaysia. Pakej-pakej pelancongan boleh diadakan kerana tarikannya yang tersendiri. Projek ini berupaya meningkatkan imej setempat serta mempelbagaikan kegiatan- kegiatan pelancongan (spin-off). Seni bina bangunan dan hiasan dalaman projek yang berunsurkan budaya tempatan adalah digalakkan. Projek ini tidak berunsur keahlian atau bersifat exclusive. Bagi projek penginapan, tiada syarat minimum length of stay, tiada konsep time- sharing atau pemilikan individu ke atas bilik-bilik penginapan dan tiada bahagian daripada projek penginapan tersebut dijual kepada individu atau disewa secara jangka panjang. Bagi projek bukan penginapan, pelaburan minima yang dibenarkan ialah RM10 juta, tidak termasuk kos tanah. Pembinaan projek mestilah siap sekurang-kurangnya 75%.

Syarat permohonan dah ada tapi tak nampak list SOP yg perlu. Biasalah kalau benda2 baru mcm ni PBT mmg kurang transparency
 
Kalau selalu jadi or pernah jadi kepala air, baik jangan buat campsite site
Kalau ade pun make sure ade spotter n ready setiap kali hujan

Susah juga nak ckp sbb kepala air ni boleh terjadi kat tempat yg tak pernah jadi kalau hujan lebat/banjir. Even byk camp site mmg berisiko sbb tmpt tu pernah byk kali kena kepala air. Yup memandangkan berisiko owner mesti kena standby safety measure dulu mcm spotter tu. Kalau ada modal lebih boleh tinggikan sikit tebing guna batu2 sungai yg diikat dgn besi konkrit. Contoh mcm camp site Al-Fariq kat Jerai.
 
Back
Top
Log in Register