BTC USD 82,559.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Biodata lengkap iblis@syaitan

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH@SYAITAN
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

images-2.jpg


Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : ‘Hipokrasi asas akhlak’
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu

images-3.jpg


Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
 
Sure ada org yg xnk terima kenyataan ni.. Saper yer hurm:-?
 
Tipu daya syaitan semasa sakaratul maut

Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaita-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya yang telah mati. Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya.
“Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau Nasrani”. Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang nazak.

download.jpg


Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin.
Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi.
Maka orang mukmin itu berkata :”Berikan air itu kepadaku”.
Lalu syaitan menjawab :”Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa di alam ini, barulah aku memberi air kepadamu”.
Bayangkan bagaimana keadaan kita….tertipukah kita ???

Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mu’min tadi sambil mengerakkan mangkuk berisi air.
Lalu kata mukmin tadi : “Berikan air itu kepadaku”. Syaitan menjawab : “Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu”.
Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka ini.

images-1.jpg


Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : “Aku tidak akan mengucapkannya”.
Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : “Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku”
Mereka menjawab : “Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali”. Kali ketiga engkau mengatakan : “Aku tidak mengucapkannya”.
Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk.

images.jpg


Ia berkata kepadaku : “Apakah engkau memerlukan air”
Lalu saya berkata : “Ya memang”.
Seterusnya iblis berkata : “Katakanlah bahawa Isa anak Allah”.
Maka saya berpaling dari arahnya.
Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali.
Kemudian dia berkata lagi : “Katakanlah, tidak ada tuhan”.
Lalu aku mengatakan : “Aku tak akan mengatakannya”.
Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan.
Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : “Aku tidak akan mengikuti kamu semua”.
 
agak jahil treat ini dan boleh memberi maklumat yg silap bagi org yg tercari cari maklumat..contoh kejahilan =

Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Fakta=Kenangan manis Iblis adalah berada didalam syurga sebelum terciptanya Adam as.

Sahabat karib : Anak-anak Adam
Fakta=Nabi muhammad juga adalah anak anak Adam.tetapi,Nabi muhammad adalah musuh ketat bagi Iblis laknatullah.

Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Fakta=makanan yg tidak disembelih dgn nama allah dan tidak dilafaz dgn bismillah.


dan banyak lagi maklumat yg menyelewen di dalam isi Treat ini.
Isi Treat ini direka reka sahaja walaupun bertujuan baik,ianya adalah terpesong daripada maklumat sebenar..
untuk mengenali dgn lebih dekat Iblis,boleh semak buku"kisah Iblis menghadap Rasullullah" dan treat ini adalah berlawanan dgn kisah tersebut.

Kepada penulis Treat ini,Alim la sangat.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register