BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bincang Saham Bersama Sito9667

sito9667

Fun Poster
Messages
162
Joined
Apr 22, 2014
Messages
162
Reaction score
64
Points
20
Salam semua, saya buka thread ini untuk berkongsi dan berbincang bersama-sama rakan CG yang aktif trade saham di Bursa Malaysia.

Di sini saya harap kita dapat bersama-sama mengkaji saham-saham berpotensi untuk keuntungan kita bersama.

Salam kenalan pada semua.:)cgrock
 
HARAP YANG PERLUKAN BANTUAN, BOLEH EMAIL SAYA MAKLUMAT SEPERTI DI BAWAH.

Ramai yang perlukan bantuan, tunjuk ajar dalam pasaran ni rupanya. Rakan carigold pun ramai.

Harap semua sedia maklum dalam pasaran ni, adalah tempat yang cukup mencabar. Anda jangan anggap ni tempat mudah cari duit. Jadikan pasaran saham ni adalah tempat anda mencari rezeki. Hormat pada pasaran. Anggap pasaran macam bos. "dengar" arahan pasaran mcm anda dengar cakap bos anda.

Rugi adalah normal dalam pasaran ni. Kalau anda baca di laman2 web, di facebook2 si polan2 tu sentiasa untung dan anda ingin join kelas yang dianjurkan. Perkara pertama anda perlu buat adalah mohon lihat portfolio terkini dia.

Adalah sesuatu yang mustahil orang akan untung 100% dalam pasaran ni walau sehebat mana pun dia. Even fund manager pun rugi, apatah lagi setakat orang biasa.

Berkenaan kelas yang saya ingin buat tu, ade yang bertanyakan fee, ikhlas cakap, saya just nak bagi free je. Free consultation.

That why saya tak dapat penuhi semua permintaan. Sebab saya pun ade masa sendiri yang perlu diluangkan. Cuma saya akan bantu setakat yang mampu.

Memandangkan inbox carigold agak limited dan sukar untuk saya balas. Saya harap kita dapat berkomunikasi melalui email. Anda hantar email anda ke:

[email protected]

Hantar bersama butiran peribadi anda:
Nama:
Umur:
Id Carigold:

Lokasi:
Pekerjaan:
Modal yang sedang @ ingin diperuntukan:

Kelas Saham Yang Anda Telah Attend:
Nama Pengajar Anda:

Dah trade / belum?
Portfolio sekarang?
Keuntungan / kerugian yang pernah atau sedang dialami?
Teknik yang anda gunakan?

Jadi saya tak perlu tanya anda dah semua maklumat di atas. Kenapa saya perlu umur, untuk menilai tahap psikologi anda. Pekerjaan, untuk menilai masa yang boleh anda luangkan. Lokasi, untuk pastikan samada anda boleh berjumpa dengan saya atau tidak.

Tambahan pada kelas dan tenaga pengajar untuk saya kenalpasti teknik yang anda sedang gunakan.
 
Last edited:
Untuk makluman, saya hanya berkongsi pendapat, bukan saranan untuk buy sell sesuatu saham, diharap tiada pembaca yang ambil bulat2 sharing saya untuk keputusan buy sell sesuatu stock. Kaji dan buat keputusan mengikut kajian sendiri.

Mengikut pengalaman saya, analisis teknikal, fundamental semua orang boleh belajar dan expert. Tetapi bagaimana dengan emosi. Ini yang membuatkan seseorang itu gagal dalam dunia pelaburan.

Jadi dengan berbincang begini, saya harap kita dapat mengawal emosi dalam bidang ini.
 
Pembaca yang baru ingin menceburi bidang ini juga boleh berbincang di sini. Sebenarnya, semua ilmu saham boleh didapati secara percuma. Cuma kita apa yang perlu adalah meluangkan masa untuk mencari.

Tanya ape saje soalan, sekiranya saya boleh jawab, Insya'Allah saya jawab atau ade rakan-rakan lain yang boleh tolong jawab.
 
Ape cara saya trade saham? Ade stock yang saya trade secara short term, ade mid term dan ade yang long term.

Mengikut pengalaman, yang long term Insya'Allah akan untung. Yang mid term akan 50-50 dan short term? Pun untung, pun rugi, yang penting kita tahu kenapa kita beli sesuatu saham.:)paid

Style saya, saya akan ade stock yang for long term, mid term dan setiap hari akan ade short term stock saya akan pick :D

Frontkn di atas adalah salah satu saham yang saya kategorikan sebagai long term / midterm.

Harap ade member yang boleh share style masing2 untuk kajian bersama.
 
modal cun trade berapa ? broker mana?
 
short term punye takde?

Short term terlalu banyak sekarang. Tambah2 minggu ni. Saya akan perhatikan banyak kalau market mcm minggu ni. Susah nak kontrol emosi bila market mcm ni. :D:D

Kalau tuan ade share untuk dibincangkan, boleh kemukakan. Saya beri pandangan saya.
 
dia ada candlestick kan??

google facebook IPO tu saham jugak ka??
 
Back
Top
Log in Register