HARAP YANG PERLUKAN BANTUAN, BOLEH EMAIL SAYA MAKLUMAT SEPERTI DI BAWAH.
Ramai yang perlukan bantuan, tunjuk ajar dalam pasaran ni rupanya. Rakan carigold pun ramai.
Harap semua sedia maklum dalam pasaran ni, adalah tempat yang cukup mencabar. Anda jangan anggap ni tempat mudah cari duit. Jadikan pasaran saham ni adalah tempat anda mencari rezeki. Hormat pada pasaran. Anggap pasaran macam bos. "dengar" arahan pasaran mcm anda dengar cakap bos anda.
Rugi adalah normal dalam pasaran ni. Kalau anda baca di laman2 web, di facebook2 si polan2 tu sentiasa untung dan anda ingin join kelas yang dianjurkan. Perkara pertama anda perlu buat adalah mohon lihat portfolio terkini dia.
Adalah sesuatu yang mustahil orang akan untung 100% dalam pasaran ni walau sehebat mana pun dia. Even fund manager pun rugi, apatah lagi setakat orang biasa.
Berkenaan kelas yang saya ingin buat tu, ade yang bertanyakan fee, ikhlas cakap, saya just nak bagi free je. Free consultation.
That why saya tak dapat penuhi semua permintaan. Sebab saya pun ade masa sendiri yang perlu diluangkan. Cuma saya akan bantu setakat yang mampu.
Memandangkan inbox carigold agak limited dan sukar untuk saya balas. Saya harap kita dapat berkomunikasi melalui email. Anda hantar email anda ke:
[email protected]
Hantar bersama butiran peribadi anda:
Nama:
Umur:
Id Carigold:
Lokasi:
Pekerjaan:
Modal yang sedang @ ingin diperuntukan:
Kelas Saham Yang Anda Telah Attend:
Nama Pengajar Anda:
Dah trade / belum?
Portfolio sekarang?
Keuntungan / kerugian yang pernah atau sedang dialami?
Teknik yang anda gunakan?
Jadi saya tak perlu tanya anda dah semua maklumat di atas. Kenapa saya perlu umur, untuk menilai tahap psikologi anda. Pekerjaan, untuk menilai masa yang boleh anda luangkan. Lokasi, untuk pastikan samada anda boleh berjumpa dengan saya atau tidak.
Tambahan pada kelas dan tenaga pengajar untuk saya kenalpasti teknik yang anda sedang gunakan.