BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bincang Saham Bersama Sito9667

Pmcorp 4081, agak agak boleh cecah 0.255 dak bro ....

Ok ni tuan, long term. Volume xde buat masa ni. Kalau tuan target 1-2 sen, better cari stock yang ade volume sikit. Boleh terganggu emosi hold stock2 mcm ni kalau kita target for short term.

Saya bagi pendapat Mkland saham long term yang boleh short term 1-2 sen buat masa ni.

Benalec saham no volume yang boleh diperhatikan untuk next target point.
 
Saya ada akaun OSK juga tp tak pernah beli saham sbb memang tak pandai nak tengok yang mana potensi atau tidak. Bebaru ni pegawai OSK (RHB Investrment) ada call offer saham Boustead Plantations (IPO) pada harga rm1.60. Harga bumiputera bawah MITI. Saya teragak2 nak beli ke tak sbb mmg tak pandai dan takut juga.

Lagi satu macam susah pulak proses kena pergi bank utk dptkan statement bank akaun la etc.

Mohon tuan Sito kongsi pengalaman.

Dia suruh mohon je tu tuan. Tu remiser tuan kut. Bagus remiser macam ni. Ikut je cakap dia.

Mohon MITI xde la susah sgt dibandingkan dengan hasil yang bakal kita dapat. :D
Insya'Allah.

MITI ni kita cuma fight sesama bumiputera, jadi peluang dapat tu cukup tinggi.

Nanti bila IPO dah dikeluarkan untuk awam, mmg sangat mudah untuk mohon sebab melalui online je, tapi betapa susah nak dapat hanya diketahui oleh orang-orang yang selalu memohon IPO.
 
Harap di ingatkan, segala pendapat saya bukanlah saranan untuk buy sell sesuatu saham. Hanya pendapat.

Sebarang kerugian dari pendapat saya adalah tanggungjawab sendiri.

Trade at your own risk.:D:D

Contoh dua saham saya baru beri pendapat tadi, benalec adalah saham yang saya kategorikan sebagai short term sahaja. Perlu dispose secepat mungkin, manakala Mkland adalah saham long term. Jika masuk sekarang, dan harga turun, masih boleh hold. Cuma kalau nak collect 1-2 sen, just go on. Xde masalah, Insya'Allah.

Harap rakan2 semua dapat bersama-sama memberi pendapat bersama saya. Nanti ade masa saya kongsikan cara saya melihat sesuatu share. :)cgrock:)cgrock
 
Session Break. Waktu ni pelabur2 full time jalankan urusan seharian @ pergi lunch.

Kenapa full time trader perlu mengadap screen waktu market open. Jawapan saya, sebab dah takde kerja lain. :D

Sedangkan sekarang untuk monitor pergerakkan saham, melalui HP pun boleh, sambil tgk wayang pun boleh. Sebab tu skrg dah ramai yang berkerjaya pun dapat jana keuntungan dari market secara short term. Sebab mudah nak monitor dan enter market walau sedang bekerja.

Bagi saya, waktu terbaik untuk saya cari saham yang berpotensi adalah waktu market sedang tutup, iaitu waktu malam @ cuti hujung minggu. Dan monitor pergerakkan semasa market sedang open pada jam 9 - 10 pagi dan waktu nak tutup 4-5 pm.
 
bagus tuan nie,
boleh komen pasal gpacket-wa x?
 
Ok juga kalau kita rancakkan lagi dkat Carigold ini dgn threaad mcm nie.
 
Just bagi tips bagi siapa yg nak trade. Pilih saham yg PE dia rendah. Insya Allah, risiko untuk rugi itu kurang.
 
Ok ni tuan, long term. Volume xde buat masa ni. Kalau tuan target 1-2 sen, better cari stock yang ade volume sikit. Boleh terganggu emosi hold stock2 mcm ni kalau kita target for short term.

Saya bagi pendapat Mkland saham long term yang boleh short term 1-2 sen buat masa ni.

Benalec saham no volume yang boleh diperhatikan untuk next target point.

Benalec nie up n down. nak selamat beli below 88-90sen. Average target price now 1.21.
 
Saya ada akaun OSK juga tp tak pernah beli saham sbb memang tak pandai nak tengok yang mana potensi atau tidak. Bebaru ni pegawai OSK (RHB Investrment) ada call offer saham Boustead Plantations (IPO) pada harga rm1.60. Harga bumiputera bawah MITI. Saya teragak2 nak beli ke tak sbb mmg tak pandai dan takut juga.

Lagi satu macam susah pulak proses kena pergi bank utk dptkan statement bank akaun la etc.

Mohon tuan Sito kongsi pengalaman.

mmg ada peruntukan beli saham in bulk . X silap modal kena ada 200k. cuma harga dia mahal skit tp konfirm dpat sbb peruntukan bumi
 
Back
Top
Log in Register