Aku sampai skang nie masih failed lagi guna C band lnb pada offset dish... tembak sat yg ada C band semua tak kena... Sat mane kah yang paling mudah untuk di tembak guna C band nie pada dish B3yond?
Tak pasti samada tembak tak kena atau LNB C band tu yg x berfungsi... huhuhu...
1- dish kecik sangat - bakal meletihkan.
2- kedudukan posisi lnb kena tepat terlebih dahulu sebelum mengerakan dish, so bagaimana anda nak pastikan kedudukan lnb yg dah tepat? persoalan?
3- Memula kena tembak KU band dulu, KU band dah perfact, baru ganti ke C band lnb. Bagaimana?
4- Kena pilih satelite yg mempunyai pancaran signal C band dan KU band yg sangat2 kuat. ada? disebelah utara memang ada....iaitu satelite Thaicom5. Sayang Telkom1 cuma ada pancaran yg kuat signal C band sahaja.
5- PalapaD kan ada kedua jenis pancaran signal? ya betul, banding Thaicom5 disebelah utara ni, Thaicom5 sepatutnya menjadi pilihan utama anda.
6- Cara2: Tembak KU band Thaicom5 terlebih dahulu, usahakan sehingga dapat SQ yg tertinggi/maximum, kemudian kunci semua screw, kukuhkan keseluruhan kedudukan dish, sehingga jika kita terlangar dish pun tidak meneyebabkan dish tu bergerak/berubah.
7- Signal meter di tv berada pada freq/tp KU band yg mempunyai signal paling tinggi, keyin ganti tp tersebut dgn tp C band, pilih tp C band utk tv/ch local thailand, sama ada tv3,tv5,tv7 atau nbt.....ch2 ni mempunya pancaran signal yg sangat kuat, klu saya, saya suka pilih tv7 dan tv3....
8- Offkan signal meter/decoder, tukar lnb KU band dengan lnb C band bersama conical scalar ring.
9- Onkan decoder/signal meter, pilih tp/freq C band tv7 tadi, stay kat situ.
10- Pusing lnb ikut arah jam dan lawan jam dan adjust kedalaman lnb, sehingga anda dapat detect signal, finetune ke signal tertinggi, ketatkan screw pengikat lnb. Buat manual scan dan blind scan.
11- Klu tak dapat juga bermakna: anda kena upgrade size dish atau tambah sayap.
12- dah dapat bidik thaicom5, baru lah beralih ke C band satelite lain....
sekain....wasalammu...