kontrak penyiaran astor berakhir pada 2012 dan telah disambung sehingga 2022, maknanya penyiaran menggunakan DVB-S (satelit) hanya kepada astor sahaja. bermakna tiada mana mana provider yg akan diberi hak kebenaran menggunakan sistem DVB-S ini sehingga 2022.
lain kompeni...?????
Jawapan= Tak boleh, kalau boleh pun kebanyakan saluran TOP seperti HBO, FMP, FoxSport dsb telah dibeli sepenuhnya oleh astor (bermakna ia mempunyai hak siar sepenuhnya)
jadi apa yg nak disiar..? itu lah yg berlaku kepada Happy TV dan juga AXNaccess, ambil siaran FTA dan rebroadcast semula melalui IPTV.
Soalan: cuba anda namakan siaran FTA yg di broadcast semula oleh IPTV ini.

Untuk makluman, banyak transponder MCPC dan SCPC Ku-Band yg sedia untuk disewa seperti di Asiasat 5, NSS6, Thaicom5 dan beberapa satelit di orbit diantara 75E--124E untuk disewa.
kalau nak sewa bleh..? boleh tapi tak boleh pancar kat Malaysia.
So...Jawapan = Tak boleh sebab hanya satu syarikat sahaja diberi hak untuk DVB-S di MAlaysia.
Kalau ada mana mana syarikat berminat, boleh menggunakan kaedah DVB-T, perkhidmatan TV digital tetapi memerlukan infrastruktur yg tinggi. Banyak transmitter dan repeater kena pasang diseluruh malaysia. RTM dah dekat 8 tahun dok testing testing and testing..
menurut kerjaan menjelang 2015 semua siaran radio dan tv wajib digital sepenuhnya... kita tunggu lah..
MegaTV bungkus, sebab disapu oleh astor dan siaran nya menggunakan analog dimana kualiti audio dan video tahap VHS. sakit mata tengok nya so.. dianggap primitif la.
kaedah penyaran IPTV memang dibenarkan tetapi tak banyak kawasan yg boleh menikmati nya disebabkan tiada kemudahan fibre. kalau ada pun channel yg ada kat astor tak akan ada di IPTV kecuali RTM.
# aku syok tengok kat TV siam (IPM) dah ada TV3, RTM, tv muslim, live dari Mekah. bayar sekali tengok sampai mati.
kesimpulan nya, aku tak nak kata monopoli tapi korang fikir lah sendiri..
