BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bincang apa jua berkaitan decoder dan satelite

Model Dreambox yang digunakan


  • Total voters
    276
NALA!!!

556705_571251699576487_140493917_n.jpg

Ni dish 24ft kat jawa ke tuan?

Yg di buat hya utk tracking nss11?
 
salam otai2...

mintak tlg cket..

den punya openbox....
tiket xleh online..
dia login..offline..login..offline..ade sape2 tau apa masalah?
tenet ok..direct stemik...

jalankan tiket tu di openbox rakan anda, dan tengok apa jadi?
 
Haha... dgr2 xtroo akan menggunakan sistem baru start tarikh tu yg boleh menghapuskan lanun2 c garis. Tu yg eden tau le...

Astor adalah diantara memperkenalkan sistem enkripsi N*S yg paling canggih didunia. Sistem ini adalah diasaskan oleh Israel dan diguna pakai di kebanyakan negara.

Fasa pertama ialah memperkenalkan sistem "pairing" atau "married" dan hanya boleh dilakukan pada STB yg baru. Proses ini dilakukan secara berperingkat.

Lain lain proses akan menyusul.... :D:D
 
Oh yeke enkripsi N*S paling canggih didunia? xtau pulak den. Tp boleh jer kena cracked ye.... so lama lg le kot boleh nonton guna garis c ni...
 

paste jelah katsini

Kos untuk setiap dekoder B.yond HD adalah RM600 sebuah dan ditanggung Astro manakala pelanggan hanya dikenakan caj bulan untuk saluran HD bernilai RM20 sebulan.

Beliau berkata, cabaran Astro sangat besar dalam dunia penyiaran tempatan, selain menerima saingan sengit penyiaran saluran televisyen percuma pihaknya juga berdepan dengan masalah cetak rompak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kor...stro-tambah-satelit-baharu-2014#ixzz2NtSf131E
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
meh sini aku post yang versi penuh.

Astro tambah satelit baharu 2014

KUALA LUMPUR 17 Mac - Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) akan menggunakan satelit tambahan baharu bermula tahun hadapan untuk memacu pertumbuhan siaran berdefinisi tinggi (HD).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata, ketika ini satelit yang disewa oleh Astro dengan kapasiti 18 transponder daripada Measat telah mencapai tahap optimum operasinya.

"Kami akan menyewa 18 transponder daripada satelit baharu berkenaan dengan kos AS$2 juta (RM6.2 juta) setahun untuk setiap transponder.

"Penambahan transponder ini bukan hanya untuk menambah saluran sedia ada tetapi juga untuk menambah nilai perkhidmatan Astro dengan menambah bilangan saluran HD," katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketika ini Astro memiliki 170 saluran kandungan dengan 70 saluran daripadanya adalah buatan tempatan manakala HD pula sebanyak 28 saluran.

Daripada segi kos kandungan pula, sebanyak 40 peratus diperuntukkan untuk kandungan sukan, 30 peratus untuk kandungan tempatan dan 30 peratus lagi kandungan luar negara.

Rohana berkata, trend permintaan terhadap saluran HD semakin meningkat ketika ini disebabkan gaya hidup dan juga perkembangan penggunaan televisyen HD.

"Kami merancang memiliki 60 saluran HD pada masa depan dan mewujudkan kandungan baharu berbayar seperti drama bersiri.

"Astro perlu membuat persediaan dengan menawarkan pelbagai saluran HD kepada pelanggan dalam usaha untuk menarik mereka menggunakan pakej B.yond HD sepenuhnya," jelasnya.

Kos untuk setiap dekoder B.yond HD adalah RM600 sebuah dan ditanggung Astro manakala pelanggan hanya dikenakan caj bulan untuk saluran HD bernilai RM20 sebulan.

Beliau berkata, cabaran Astro sangat besar dalam dunia penyiaran tempatan, selain menerima saingan sengit penyiaran saluran televisyen percuma pihaknya juga berdepan dengan masalah cetak rompak.

"Astro perlu ada keunikan dalam setiap kandungannya dan dalam masa yang sama perlu pantas dalam bersaing dengan bahan cetak rompak sama ada dalam bentuk fizikal ataupun muat turun daripada internet.

"Sebab itu inovasi kami meliputi produk isi rumah dan juga individu. Kami mahu pelanggan meletakkan Astro sebagai pilihan utama jika mahu menikmati sebarang kandungan rancangan," ujarnya.

Pertengahan bulan ini Astro akan melancarkan B.yond IPTV dengan platform Maxis Fibre yang membolehkan pelanggan menikmati pakej lengkap dengan talian telefon, internet, IPTV dan saluran Astro dengan nilai yang sangat berbaloi.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kor...stro-tambah-satelit-baharu-2014#ixzz2NtUCMabV
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Back
Top
Log in Register