BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bimbang ditangkap JAIS

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR – Pengikut Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit kini dipercayai keluar dari markas mereka yang terletak di Kampung Melayu, Batu Arang, Rawang dan bergerak secara aktif di beberapa kawasan berhampiran seperti Kuang dan Sungai Buloh.

Menurut seorang penduduk yang cuma mahu dikenali sebagai Mazlan, kumpulan itu kini diibaratkan cacing kepanasan selepas pergerakan mereka dibongkar oleh akhbar dan kini menjadi buruan pihak berkuasa.

“Sejak kisah mengenai ajaran itu dihidupkan semula saya diberitahu kumpulan ini telah menjalankan kegiatan mereka di luar kawasan kampung seperti sekitar Kuang dan Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, ajaran tersebut yang dipelopori oleh Hassan yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu, mendakwa pernah bertemu Allah dan Nabi Muhammad serta boleh mentafsir mimpi selain menganggap orang berdahi hitam membela jin dan nampak imam seperti **** jika solat berjemaah sambil membuka mata.

Kini ajaran itu dipercayai dihidupkan semula oleh seorang daripada ahli keluarga pengikut kanan Hassan yang menetap di kawasan berhampiran dan menjadikan kampung itu sebagai markas utama kumpulan terbabit.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakyah songsang pihak yang mengamalkan ajaran tersebut yang menyimpang daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, Mohamad Rais Rasid berkata, pihaknya kini mengawasi dengan ketat pergerakan individu terbabit yang dipercayai menjadi dalang utama ajaran tersebut.

“Kita sudah mengetahui mereka sentiasa mengubah waktu pengajian yang dikhususkan untuk jemaah lelaki dan wanita. Taktik ini bertujuan untuk mengelak daripada diketahui oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak mengikuti sebarang pengajian secara tersembunyi dan mencurigakan.

“Terdapat banyak pengajian agama yang dibuat secara terbuka dan jika mereka dapati ada sesuatu yang pelik, mereka boleh merujuk terus kepada JAIS untuk kepastian,” jelas beliau.

Dalam pada itu, sumber polis turut mengesahkan sedang melakukan siasatan terhadap ajaran tersebut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama di negeri tersebut.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 
ape untungnye diorg hidupkan balik ajaran tu,sia jerk amalan diorg
 
pelikla prangai melayu kita ni, bende cenggini pun masih dok ikut
 
kembalilah ke pangkal jalan..kalau dah terang pengasasnyer kata sia jumpa dengan tuhan dapat wahyu tu,peliklah pulak kan..
 
bab2 sesat laju je ikot..
bab2 yang btol2 nyer byk yang perlekeh..
 
Back
Top
Log in Register