BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bimbang daging penyu semakin digemari

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU, 21 Feb — Lembaga Penasihat Santuari Penyu (LPSP) bimbang dengan trend semasa yang menjadikan daging penyu sebagai bahan makanan.

Pengerusi LPSP yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata gaya hidup masyarakat di sesetengah negara telah menjadikan daging penyu sebagai hidangan mereka.

"Kita bimbang melihat kerakusan manusia yang membunuh dan memakan daging penyu yang pada suatu masa nanti, kita khuatir spesis berkenaan akan pupus,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu Mazlan berkata, LPSP akan memberi tumpuan serius terhadap usaha pemuliharaan penyu bagi memastikan spesis tersebut tidak pupus di masa depan.

"Kita kini dalam usaha meningkatkan lagi prasarana dan mengekalkan beberapa pusat santuari penyu yang sedia ada untuk tujuan pengalakan penetasan telur penyu,” katanya.

Mazlan berkata penyu belimbing adalah antara penyu yang dilihat semakin pupus di mana tahun lepas bilangan penyu belimbing yang mendarat untuk bertelur di Rantau Abang hanya seekor. Selain penyu, pihaknya juga turut memberi perhatian serius kepada pemuliharaan tuntung terutama di sungai Terengganu, Dungun dan Setiu, katanya. — BERNAMA
 
penyuuu nak bertelor pon susah sekarang.. bak kate salem iklim dlm lagu blues ganu kiter... bunyi nye lagu ni " kite tengok penyu telor... penyu tengok telor kitter " :))
 
penyuuu nak bertelor pon susah sekarang.. bak kate salem iklim dlm lagu blues ganu kiter... bunyi nye lagu ni " kite tengok penyu telor... penyu tengok telor kitter " :))

Sebab tu penyu nangis...nampak 2 butir saja :eek::eek::eek::eek:
 
Binatang nak pupus memang mahal rege dier.. Cam tenggiling.. skrg sekilo dekat rm200.. Dulu aku sepak2 jer klu jumpe..
 
lepas ni ntah giliran binatang apa pulak ye,,? biawak kot..
 
cicak kubing pun mahal skrg
 
ciannn.. :(

daging penyu blh d buat masakan.. :-?
 
hish2 org sekrg ni macam zaman jahiliah lah plak..
 
Back
Top
Log in Register