BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~Bilik Bujang~

awise said:
zolympus said:
Perempuan biasa buat apa kalau dapat duit hantaran ya? Aku dah lama nak tanya. Takkan buat modal main forex kot :lol:

:lol: Hahaha nko ni buat aku gelak la pepagi ni....
ya la mana tau ek....zaman sekarang..... :-D

betul tu hadis di atas, cuma sekang ramai mungkin dah tak pakai?
murah2 dah la..mudahkan dan jgn susahkan.
bukan jual beli. sebagai tanda saja tu..
kesian kami bujang2 ni... ;)

KESIAN????aduiii..laki macam ni reject..hehehhee..jgn marah..

kawin nk tp hantaran murah2??hmmm..hantaran ni kan hadiah..bukan perempuan nk demand tp kan belanja kenduri kawin dh dikeluarkan oleh mak ayah keluarga perempuan..hantaran pengantin perempuan dpt ni kadang2 diberikan kpd mak ayah yg dh kuar byk banje buat kenduri td..mas kahwin je la pengantin amik...bukan nk menyusahkan pengantin lelaki..tp kadang2..bila kite rase susah nk kumpul duit nk kawin..kite akan lebey menghargai dlm kehidupan ni..ye la..susah woo nk dpt duit,so kita akan usaha la kuat sikit nk dpt duit utk nk kawin+nikah :lol: :lol:
 
nazha_n9 said:
awise said:
zolympus said:
Perempuan biasa buat apa kalau dapat duit hantaran ya? Aku dah lama nak tanya. Takkan buat modal main forex kot :lol:

:lol: Hahaha nko ni buat aku gelak la pepagi ni....
ya la mana tau ek....zaman sekarang..... :-D

betul tu hadis di atas, cuma sekang ramai mungkin dah tak pakai?
murah2 dah la..mudahkan dan jgn susahkan.
bukan jual beli. sebagai tanda saja tu..
kesian kami bujang2 ni... ;)

KESIAN????aduiii..laki macam ni reject..hehehhee..jgn marah..

kawin nk tp hantaran murah2??hmmm..hantaran ni kan hadiah..bukan perempuan nk demand tp kan belanja kenduri kawin dh dikeluarkan oleh mak ayah keluarga perempuan..hantaran pengantin perempuan dpt ni kadang2 diberikan kpd mak ayah yg dh kuar byk banje buat kenduri td..mas kahwin je la pengantin amik...
yalah .. tapi kalau dah mahal sangat .. kesian la kat cik abang. Sayang abang tak? :lol: Nanti botak pula abang tu. Adik botak takpe :oops:
 
itu atas kalian dan parents...aku dolu RM6k...bukan sbb ada bini ade degree tp sbb nak up sket compare ngan akak die dulu...takkan same jerk...tak semestinya nak kene up tiap kali nak kawin tp aku pon mmg offer 6k tu...bg aku ok lah...tak mahal tak murah...tp skang aku tgk memember aku kalu nikah tak lari dlm 7-8k la...kire stended la tu...jarang aku dengo main 5k lagik...6k tu ada la...kire sedekah lah pada keluarga pompuan...bantu membantu...lgpun banyak kes pasangan ni same2 ngompol duit sblm nak nikah...cepat sket cukup duitnyer...:D...tp utk kes yg ikot degree ke master ke phd tu aku rase parents layak menentukan ikot gred anak pompuan diorang...tp jangan sampai jual anak????
 
bono79 said:

Itu macam, kahwin dg anak sulung ada kelebihan sikit la kot. Masa ni mak bapak pun tak berapa reti nak letak harga. Ehehehe.
 
zolympus said:
Itu macam, kahwin dg anak sulung ada kelebihan sikit la kot. Masa ni mak bapak pun tak berapa reti nak letak harga. Ehehehe.
huhu bro zoly...btol tu...kekeke...cargas....
 
bono79 said:
zolympus said:
Itu macam, kahwin dg anak sulung ada kelebihan sikit la kot. Masa ni mak bapak pun tak berapa reti nak letak harga. Ehehehe.
huhu bro zoly...btol tu...kekeke...cargas....
Tapi anak sulung ni dia mesti dia nak assume power kan? Sbb dia dulu biasa mcm tu dg adik beradik dia. Susah juga neh :?

Dari dua ex wa yg dulu, dua orang anak sulung. Memang selalu je terkapel/hamper kapel dg anak sulung ni. Cuma jodoh je tak sampai. Sekarang wa dah setahun single.

DIULANGI. Single. :lol: *memandang sekeliling bilik bujang* :lol:
 
zolympus said:
nazha_n9 said:
awise said:
zolympus said:
Perempuan biasa buat apa kalau dapat duit hantaran ya? Aku dah lama nak tanya. Takkan buat modal main forex kot :lol:

:lol: Hahaha nko ni buat aku gelak la pepagi ni....
ya la mana tau ek....zaman sekarang..... :-D

betul tu hadis di atas, cuma sekang ramai mungkin dah tak pakai?
murah2 dah la..mudahkan dan jgn susahkan.
bukan jual beli. sebagai tanda saja tu..
kesian kami bujang2 ni... ;)

KESIAN????aduiii..laki macam ni reject..hehehhee..jgn marah..

kawin nk tp hantaran murah2??hmmm..hantaran ni kan hadiah..bukan perempuan nk demand tp kan belanja kenduri kawin dh dikeluarkan oleh mak ayah keluarga perempuan..hantaran pengantin perempuan dpt ni kadang2 diberikan kpd mak ayah yg dh kuar byk banje buat kenduri td..mas kahwin je la pengantin amik...
yalah .. tapi kalau dah mahal sangat .. kesian la kat cik abang. Sayang abang tak? :lol: Nanti botak pula abang tu. Adik botak takpe :oops:

oiiitt..luc** la..hahahaha..tk kira la anak sulung ke bongsu ke..ikut kemampuan dn budi bicara masing2 la..kena consider..mcm family aku tk taruk harga bape..mase pihak laki dtg merisik kakak aku aritu ayah aku ckp ikut kemampuan dia nk kasi bape..ayah aku tkde hal nye..lupe lak..kakak aku kawin minggu depan 4jun..lum scan kad..nti aku post kt forum..
 
hehe...awai2 dah kena reject dah ngan cik naza ni! :o
sayang oi...kena ingat sama belah laki pun bwat kenuri jugak!
perbelanjaan 50-50 takleh ke? kata sayang kat abang... :D

Tgk tak paper ari ni...sampaikan ada org usul nikah misyar plak...haii laaaa... :-D
 
nikah misyar tu ape??hehehe..kongsi2 la kat sini..tk baca surat khabar lg arini
 
Nikah misyar tu ala-ala nikah mutaah (utk understanding je, kasi senang faham). Nikah mutaah diguna oleh Syiah. Persamaan di sini, suami tidak perlu tinggal bersama dg isteri dan tidak perlu menyara isteri.

Nikah misyar ni, lebih kepada isteri yg lebih berpendidikan tinggi yang sekurang-kurangnya mahu berkahwin utk mengikut sunnah dan tak mahu terikat. Dalam pre-agreement, lelaki tak perlu menyara nafkah zahir isteri sbb isteri lebih berkemampuan dari lelaki dan ini dipersetujui bersama. Mudah bagi lelaki, mudah bagi perempuan. Lagipun, ia adalah atas keredhaan perempuan berkenaan. Kan zaman skrg pempuan lebih byk yg berkelulusan tinggi compare tu lelaki. Lelaki kan kena cari duit utk belanja kahwin, jadi tak sempat la nk belajar tinggi-tinggi sikit.. :lol:

Dipetik dari Berita Harian (sori tak dapat link, aku cuma dapat cari ikut Google cache Berita Harian je)
Nikah Misyar kurangkan jumlah ‘anak dara tua’

BARU-BARU ini, ada dilaporkan dalam akhbar tempatan bahawa Perhimpunan Perundangan Islam yang berpusat di Makkah meluluskan ketetapan untuk membenarkan lelaki Islam sunnah mengamalkan perkahwinan ‘Misyar’. Mengikut laporan itu, "melalui perkahwinan Misyar, lelaki dibenarkan berkahwin dengan seseorang wanita tanpa tinggal bersama atau bertanggungjawab penuh menyara hidup isterinya". Ia satu bentuk perkahwinan sementara seperti mutaah, bezanya ialah mutaah ada tarikh perceraiannya manakala “Misyar’ tidak ada tarikhnya. Saya tidak begitu faham, apakah ia menurut syariat atau adat kerana dalam laporan akhbar itu perkahwinan cara ini telah diamalkan sejak tahun 1825. Saya bimbang ia akan digunakan oleh musuh Islam dan pejuang wanita berfahaman melampau yang sentiasa hendak menunjukkan betapa Islam terlalu longgar dalam memelihara hak wanita.

PEJUANG WANITA ISLAM,
Kuala Lumpur.

Ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qaradawi ada menjawab persoalan nikah ‘Misyar’ di dalam Fatwa Muasaraah beliau jilid ketiga (belum diterjemah lagi ke dalam bahasa Melayu).

Isu yang timbul di negara Asia Barat ialah wanita ramai yang berharta tetapi tidak berkahwin. Ada di antara mereka yang tidak mahu komitmen. Ada yang hanya inginkan anak, manakala ada yang hanya sekadar inginkan harta si suami dan suami hanya datang ketika musim panas (bagi wanita di Jordan, Syria dan Lubnan).

Dalam persoalan ini, wanita itu sendiri bersetuju dan meletakkan syaratnya sebagai keredaannya untuk bernikah.

Di sini wanita itu dengan rela tanpa paksaan, malah sedar pilihannya. Maksudnya, bukan suami yang bersikap zalim, tetapi keputusan ini adalah di atas pilihan wanita itu sendiri.

Dr Yusuf Qaradawi memberikan komentar, nikah dalam bentuk sedemikian adalah sah dan tiada cacat celanya. Cuma yang mungkin timbul ialah perihal komitmen.

Jika wanita itu sendiri sudah bersedia untuk melepaskan haknya, maka itu adalah hak beliau sendiri. Satu kelebihan bagi lelaki.

Beberapa golongan wanita di rantau ini pernah menyokong idea seperti ini atas ‘nama kebebasan wanita’. Jadi wanita tidak terikat kepada suami dan juga bebanan rumah tangga.

Mereka juga menyokong mutaah kerana ia juga akan menjamin hak wanita untuk membuat keputusan dan tidak mengongkong wanita.

Saya berpandangan fatwa Dr Yusof al-Qaradawi dan ulama lain adalah berdasarkan prinsip ‘mengelakkan mudarat yang lebih besar’.

Mungkin cara ini satu jalan keluar bagi wanita matang yang berpangkat dan berkelulusan tinggi dalam mendapatkan suami yang lebih rendah kedudukan kewangan dan kelulusan akademiknya, tetapi mempunyai peribadi terpuji, bertakwa dan budiman. Wallahu Alam.

Tambahan ini diambil dari blog BICARA KALBU
Jika mereka tidak bernikah secara sah melalui “Misyar’ ini, mereka mungkin terbabit dalam gejala sosial yang lebih teruk seperti berzina dan bersekedudukan. Lagi sekali yang akan menjadi mangsa ialah pihak wanita dan juga anak yang akan menjadi tidak sah taraf. Manakala dalam Misyar, anak adalah sah taraf.

l Jawapan disediakan oleh Maszlee Malik, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pandangan dan soalan hubungi [email protected].

Takrifan Nikah Misyar di Wikipedia;
http://en.wikipedia.org/wiki/Nikah_Misyar
 
Back
Top
Log in Register