Pengumuman: Sesi hari pelanggan warkahuntukpm bersama perdana menteri
PENGUMUMAN: SESI HARI PELANGGAN WARKAHUNTUKPM BERSAMA PERDANA MENTERI
Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri bersetuju supaya diadakan Hari Pelanggan WarkahuntukPM. Tarikh, tempat dan masa akan dimaklumkan.
Pada sesi tersebut, YAB Perdana Menteri dan Pegawai Pegawai Kanan Kerajaan akan turut hadir.
Tujuan Sesi Hari Pelanggan itu adalah untuk mempastikan kesemua kes pangaduan dan pendapat yang telah dimajukan tetapi masih tertunggak dapat diambil tindakan serta merta atau segera.
Ke arah itu, anda dipelawa menghantar email secara terus kepada
[email protected] dengan butiran berikut:-
a) Nama Penuh
b) Negeri Asal
c) No Telefon
d) Tajuk Pengaduan yang belum diambil tindakan/belum selesai
e) Tajuk Idea/Cadangan yang belum diambil tindakan
f) Huraikan/Nyatakan semula pengaduan yang telah dihantar atau
g) Huraikan/Nyatakan semula idea/cadangan yang telah dihantar
Pihak kami akan mempastikan Anda yang menjawab email ini dijemput untuk hadir ke Majlis Hari pelanggan WarkahuntukPM bersama Perdana Menteri.
Email anda adalah dialu-alukan dan dihargai.
Terima Kasih
Ikhlas daripada
Sekretariat
WarkahUntukPM.com.my