BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bilakah hari Nuzul Quran?

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Para sarjana tidak berbeza pendapat bahawa al-Quran turun (Nuzul al-Quran) dalam bulan Ramadan. Ini kerana Allah sendiri yang menjelaskan bahawa al-Quran itu turun dalam bulan Ramadan.

Firman Allah: “Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185)

Namun begitu sarjana berbeza pendapat tentang berapa haribulankah Ramadan penurunan itu berlaku?

Ada yang berpendapat ia diturunkan pada 21hb Ramadan.

Pendapat ini dipegang oleh beberapa orang ulama, antaranya tokoh Sirah yang terkenal al-Syeikh Safiyy ar-Rahman al-Mubarakfuri seperti yang beliau sebut dalam karyanya Rahiq al-Makhtum.

Ada juga yang berpendapat 24hb Ramadan kerana bersandarkan hadis riwayat al-Imam Ahmad yang menyebut: “…Allah turunkan al-Quran pada 24hb Ramadan”.

Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama, dihasankan oleh sebahagian yang lain. Terdapat juga sarjana yang mendaifkannya disebabkan kritikan terhadap salah seorang rawi iaitu Imran bin al-Qattan. Namun ada riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas yang boleh menyokong riwayat ini. Di sana ada lain-lain pendapat tentang haribulan Nuzul al-Quran ini.

Di tempat kita biasanya kita mendengar tarikh Nuzul al-Quran pada 17hb Ramadan.

Ini juga salah satu pendapat yang sesetengah sarjana kemukakan. Pun begitu pendapat ini mendapat kritikan sebahagian sarjana yang lain atas beberapa alasan. Antaranya, al-Quran sendiri menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada Malam al-Qadr (Lailatul Qadar) seperti di bawah:

Surah al-Qadr: “Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr” (ayat 1).

Hadis-hadis Nabi s.a.w pula banyak yang menjelaskan bahawa Malam al-Qadr itu berlaku pada salah satu dari 10 malam yang akhir bulan Ramadan. Maka, sepatutnya penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) dalam lingkungan 10 yang akhir.

Tokoh ilmu al-Quran yang terkenal al-Imam al-Zarqani menyebut dalam karyanya Manahil al-‘Urfan:

“Kemudian di sana ada pendapat yang menyatakan bahawa pemulaan Nuzul al-Quran itu pada 17hb Ramadan. Itulah merupakan Malam al-Qadr menurut sebahagian pendapat. Namun pandangan itu menyanggahi pendapat yang masyhur yang disokong oleh hadis sahih”. (1/52, Beirut: Dar al-Fikr).

Apapun perbezaan pendapat yang ada, kesemua umat akur bahawa al-Quran itu turun pada bulan Ramadan. Sarjana hanya berbeza pendapat tentang haribulannya sahaja. Wallahualam.


sumber: drmaza dotcom
 
btol lah tuh.... itulah tandanya mmg al quraan itu diturunkan... :D
 
NUZUL AL-QURAN | PM Ajak Umat Islam Luang Masa Baca, Hayati Kandungan Al-Quran

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak umat Islam di negara ini untuk bersama-sama menghayati hikmah peristiwa Nuzul al-Quran serta isi kandungan kitab suci itu secara keseluruhannya.

Beliau berkata al-Quran merupakan mukjizat terbesar kurniaan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menjadi sumber ilmu, hidayah serta panduan umat Islam untuk menjalani kehidupan di dunia.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
NUZUL AL-QURAN | Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Sambutan Peringkat Negeri Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Perak di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah Dua, Ipoh, malam tadi.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
NUZUL AL-QURAN | 23 Ahli MAIWP Dikurniakan Watikah Pelantikan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 23 ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Istana Negara sempena Nuzul al-Quran.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Muhyiddin ajak umat Islam luang masa baca, FAHAMI inti pati al-Quran​

| | 29 April 2021
Jumaat | 30 April 2021
1049030.jpg

KUALA LUMPUR - Bersempena Nuzul al-Quran 1442 Hijrah pada Khamis, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam meluangkan lebih banyak masa membaca dan memahami inti pati al-Quran yang antara lain menyarankan amal soleh.
Perdana Menteri dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau turut mengajak umat Islam bersama-sama menghayati hikmah yang terkandung dalam peristiwa itu dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.
"al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menjadi ikutan kepada umat Islam. al-Quran merupakan sumber ilmu, hidayah serta panduan untuk kita menjalani kehidupan di dunia.
"Membaca, mengamal dan menyebarkan kandungan al-Quran untuk manfaat manusia adalah tanda kita mencintai al-Quran," katanya.
Tarikh 17 Ramadan adalah hari Nuzul al-Quran, iaitu hari memperingati peristiwa kitab suci bagi umat Islam diturunkan kepada umat manusia.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengambil kesempatan mendoakan semoga umat Islam di negara ini khasnya dan di seluruh dunia dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. - Bernama
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
1619761362628.png
 
Back
Top
Log in Register