BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bil telefon hantu RM4,000

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terkejut apabila apabila menerima bil telefon ‘hantu’ daripada sebuah syarikat telekomunikasi yang menuntutnya membayar dua telefon berbeza yang didaftar atas namanya berjumlah hampir RM4,000.

Mohamad Faizal Abu Samah, 20, berkata kali pertama menerima bil dari syarikat terbabit pada November tahun lalu dan sehingga kini hampir setiap bulan dia menerima bil telefon daripada dua nombor yang tidak pernah digunakannya dan setiap kali diperiksa, jumlah yang perlu dibayar itu semakin meningkat.

Katanya, lebih menghairankan, bagaimana dua nombor telefon terbabit didaftarkan atas namanya sedangkan sehingga kini dia hanya menggunakan satu nombor telefon melalui sistem prabayar sebuah syarikat telekomunikasi lain.

“Saya sendiri pelik bagaimana dua nombor telefon ini didaftarkan atas nama saya sedangkan sehingga kini hanya menggunakan satu nombor telefon prabayar dan itupun dengan syarikat telekomunikasi lain.

“Lagipun, takkan pula saya hendak pakai dua talian telefon bimbit secara bil sedangkan saya sendiri baru tamat belajar dan pastinya tidak mampu membayarnya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sejak pertama kali menerima bil dari syarikat terbabit pada November tahun lalu, dia pernah membuat aduan ke ibu pejabat syarikat telekomunikasi berkenaan, namun layanan yang diterimanya sangat mengecewakan.

Katanya, kakitangan syarikat itu hanya memberitahu nombor terbabit digunakan sebuah syarikat, namun apabila dia meminta alamat serta rekod transaksi penggunaan dua nombor telefon berkenaan, pihak syarikat telekomunikasi terbabit tidak membenarkannya.

“Sepatutnya saya ada hak melihat rekod penggunaan nombor terbabit kerana ia didaftarkan atas nama saya...sebaliknya mereka mengatakan ia tidak boleh diserah serta ditunjukkan kepada saya,” katanya yang turut membuat dua laporan di Balai Polis Brickfields.

Mohamad Faizal berkata, bagi mengelak dia terus didatangi bil hantu, dia meminta syarikat telekomunikasi itu menyekat serta memotong talian dua nombor telefon berkenaan, namun yang mendatangkan kemusykilan apabila sehingga kini dia masih menerima bil setiap bulan sedangkan kakitangan syarikat itu mendakwa sudah memotong talian itu.
 
kalu aku aku bakar je syarikat telekomunikasi tuh...
 
apeda...rezki tu....pi la saman...ades...
 
saman malu juta selalu.jgn main skit2 rugi.ini saman malu woo..
 
Back
Top
Log in Register