TAWARAN NOMBOR PENDAFTARAN ISTIMEWA (NPI) SIRI SIS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ SULTAN SELANGOR KE-9
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2025 - Bagi meraikan Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada tahun 2026, Tuanku Sultan Selangor telah berkenan untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) secara bidaan dalam talian melalui Sistem JP JeBid kepada orang awam.
NPl yang dimaksudkan adalah tanda indeks SIS. Tanda Indeks Nombor Pendaftaran Istimewa siri SIS ini membawa maksud “Sultan Idris Shah” yang juga merupakan Sultan Selangor Ke-9 serta meraikan sambutan Jubli Perak pemerintahan D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada tahun 2026.