BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bibit ngeri lepas rindu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN: Dayusnya seorang lelaki apabila tergamak mencekik leher kekasihnya sebelum menumbuk muka dan badan gadis berkenaan gara-gara teman wanitanya itu enggan memberikan sejumlah wang yang diminta.
Insiden itu bermula apabila lelaki terbabit mengajak kekasihnya bertemu kononnya untuk melepaskan rindu dan pelawaan terbabit disahut teman wanitanya itu tanpa rasa curiga atau prasangka.


Bagaimanapun, bibit indah yang diharapkan gadis berusia 18 tahun itu bertukar igauan ngeri apabila dia dibelasah bertubi-tibu oleh teman lelakinya ketika mereka bertemu di hadapan asrama pekerja tempat gadis berkenaan tinggal di Padang Lalang di sini, malam kelmarin.


Difahamkan, gadis berkenaan yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di kawasan itu, baru empat bulan menjalin hubungan cinta dengan lelaki berusia 20-an terbabit.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Nordin Mustapha, berkata sebelum kejadian, mangsa diajak teman lelakinya untuk berjumpa kononnya kerana terlalu rindu untuk melihat wajahnya, kira-kira jam 9 malam.


“Ketika berjumpa, lelaki terbabit meminta gadis berkenaan memberikannya wang, namun mangsa enggan berbuat demikian,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang berang selepas permintaannya tidak dipenuhi, tiba-tiba mencekik serta memukul muka dan badan mangsa sebelum merampas wang tunai RM100 bersama telefon bimbit bernilai RM500 milik gadis berkenaan.


“Pada mulanya mangsa cuba melawan, namun melupakan hasratnya apabila sakit di bahu akibat ditumbuk kekasihnya itu.


“Gadis berkenaan yang trauma dengan kejadian itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini,” katanya.


Nordin berkata, setakat ini polis berusaha menjejak lelaki terbabit, namun menghadapi sedikit kesukaran berikutan mangsa tidak mengetahui alamat tempat tinggal suspek.


“Kami menunggu mangsa menyerahkan gambar suspek untuk memudahkan kami menangkapnya,” katanya.
 
den raso pun dah penah baco semalam ni.astro beyond kot.
 
awainya berita...hang tak tidok ka eboss..
 
dekat ngan tempat aku blajar dulu ni..
kuantan memang banyak kes juvana dan maksiat...pasal kat sana susah nak jumpa tempat pengajian agama..
 
dekat ngan tempat aku blajar dulu ni..
kuantan memang banyak kes juvana dan maksiat...pasal kat sana susah nak jumpa tempat pengajian agama..

sebab ang tak cari. kat tanjung lumpur ada 1.. :) kat pekan bersepah.kat bukit sekilau ke bukit setongkol ke..ada jugak. :">
 
Back
Top
Log in Register