BTC USD 84,624.1 Gold USD 4,131.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Bibi Ramjani presiden baru Kafa

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
8fc326718a92cd092c0d33f27cc1df80.jpeg


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini mencipta sejarah apabila buat pertama kali mengangkat tokoh wanita bagi menerajui persatuan itu.

Usahawan tempatan Bibi Ramjani Ilias Khan, 47, menjadi presiden baru Kafa selepas menewaskan pencabarnya yang juga bekas naib presiden Datuk Mohamad Nasir Hamzah dalam undian ketika Kongres Agung Tahunan ke-63 di Kota Bharu, sebentar tadi.

Bibi Ramjani menang dengan undian 32-16 selepas undian dilakukan untuk kali kedua.

Undian pertama dibantah Mohamad Nasir selepas Bibi Ramjani gagal mendapat undi majoriti dengan 32 undi berbalas 19.

Sementara itu, jawatan timbalan presiden dimenangi Datuk Seri Afandi Hamzah yang menewaskan Datuk Rosmadi Ismail dengan 29-22 undi.

Jawatan naib presiden pula dimenangi Datuk Aizuddin Mohd Ghazali, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir.


https://www.malaysiakini.com/sukan/395494


FB Puan Bibi - https://www.facebook.com/bibi.ramjani
 
Last edited:
Tahniah moga tabah menghadapi cabaran cari duit & sponsor
 
Back
Top
Log in Register