ini formula yg aku ikut mula mula dulu.....tiap kali dengar azan cepat pergi ambil wuduk jgn ditunda, cuba amal setiap hari selama 2 minggu InsyaAllah dgn izin Allah dia bagi istiqomah.
formula kedua......tiap kali nak tidoq atau lepas solat biasakan tahmid dan tahlil...baca subhanallah 33kali, Alhamdullilah 33kali dan Allah huAkbar 33kali. kelebihan bila kita amal mcm tu insyaAllah jadi rajin dan semangat nak buat kerja lebih lebih lagi ibadah. ghairah utk meneruskan hidup jadi kuat terbaik utk memerangi depression.
formula ketiga....sebelum kita solat dan sebelum niat solat contoh solat zuhur kita niat dihati atau lafas perlahan lahan " aku sembah engkau Ya Allah" buat 2 atau 3 kali sampai rasa di hati atau kalbu yg kita nak sembah Allah masa tu. lafas perlahan lahan dimana hanya kita yg empunya diri sahaja dengar. formula ketiga ni juga utk latih diri supaya ikhlas dlm beribadat.
formula keempat yg paling best rajin rajin lah bangun malam atau duduk sendirian dan istigfar. kalau kita duduk dlm bilik seorang diri lagi baik, bangun 2 pagi tutup lampu kalimantang pasang lampu tidur yg malap atau lilin atau pelita pastu dlm keadaan wuduk solat sunat dan duduk istigfar perlahan lahan diselang seli ngan berbual dengan Allah(berdoa, merayu, merintih secara tertib dan perlahan minta Allah bagi kita Istiqomah kan dlm menyembah dia)
setakat tu je aku mampu bantu tt kongsi pengalaman aku mcm mana nak mengekalkan ketaatan dlm bersolat