BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beza UMNO dan lembu

DDos

Legendary Member
gem
Messages
14,106
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,106
Reaction score
690
Points
166
jangan mare ye :D , aku ambik kat sini je, kalu nak marah, marah orang yang menulis ni :D

UMNO BERKENTUT BUSUK, DICIUM WANGI


Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, demonstrasi Pemuda Umno itu juga mendapat kelulusan pihak berkuasa dan bukan perhimpunan haram.

“Dalam demonstrasi yang kita lakukan ketika Condoleezza Rice datang dulu tujuannya untuk menunjukkan bantahan kita dan ia tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak, sebaliknya mereka (rakyat) bersetuju dengan perjuangan kita,” kata Hisammudin ketika ditanya mengenai perbezaan demonstrasi oleh Pemuda Umno yang diketuai Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dengan demonstrasi jalanan kebelakangan ini di lobi Parlimen, semalam.

Tambah Hisammudin yang kerap digelar "Pemimpin Sotong" itu berkata bahawa bantahan itu juga bagi menyuarakan tentangan rakyat negara ini terhadap sikap Amerika Syarikat yang disifatkan mengamalkan dasar ‘double-standard’ dalam menangani kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan. (Double Standard katanye)

Yang menariknya menurut beliau lagi, Kelantangan Pemuda Umno membawakan bantahan itu menyebabkan timbul ketegangan apabila 5,000 penunjuk perasaan anti-Israel dan dasar Amerika Syarikat di Asia Barat cuba merempuh masuk ke kawasan berkenaan berikutan tindakan pihak berkuasa menghalang beberapa wakil Pemuda Barisan Nasional menyampaikan nota bantahan kepada Rice.

Manakala di dalam berita harian pula menyebut,

Usaha segelintir pihak untuk menyamakan demonstrasi Hindu Rights Action Force (Hindraf) dengan perjuangan UMNO bagi menegakkan hak rakyat Palestin sukar diterima kerana jurang perjuangan kedua-duanya terlalu besar, ibarat langit dan bumi.

Menurut berita arus perdana yang pro kerajaan itu lagi, apabila Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama 10,000 rakyat Malaysia tanpa mengira agama bersatu dalam gelombang kemarahan terhadap kuasa besar Amerika Syarikat bersekongkol dengan Israel, yang secara terbuka membunuh penduduk Lebanon dan Palestin.

UMNO turut menggunakan khidmat Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Siva Murugan untuk merasuk pembaca berita yang dungu dengan berkata,

Demonstrasi UMNO yang disertai rakyat pelbagai bangsa dan agama itu, adalah perjuangan sejagat tulen berbanding dengan Hindraf, yang terdesak mahu menjuarai kepentingan peribadi.

Soalnya, bagaimana pula jika dibandingkan Perhimpunan UMNO dan perhimpunan Hak Asasi manusia pada 9/12 atau Perhimpunan Bersih pada 10/11 atau perhimpunan BERSIH pada semalam 11/12. Peserta yang berhadapan dengan tentang polis dan pihak berkuasa, tidak seperti dilayan seperti perhimpunan UMNO?

Sedangkan pada perhimpunan tersebut, tiada rusuhan yang dicetuskan, tiada kecederaan dan penentangan kepada pihak yang berkuasa. Tiada pihak yang tercedera dan tiada pihak yang cuba mencederakan, tetapi masih disekat POLIS dan pihak berkuasa sehingga dipacnut air, disembur asap dan beberapa pemimpin yang turut di tangkap dan tahan reman. Sementera kereta pula ada yang dibakar dan laptop dirampas pula tidak dipulangkan.

Yang lebih mengelirukan, perhimpunan Hak Asasi manusia pada 9/12 hanya berhasrat untuk menyambut dan meraikan hari Hak Asasi Manusia sedunia. Ia turut diarah untuk dihentikan sehingga membawa kepada penangkapan peguam dan aktivis.

baca seterusnya
 
Sori... off topic jap...
oit DDos... selaku penyokong Dr'The Ayah Pin'Alban... dgn segala hurmatnya... I claim ur siggy.... buat x tau plak... cewah..
:)) :)) :)cgrock :)cgrock :)paid :)paid :)cgrock :eek: :eek:
 
Sori... off topic jap...
oit DDos... selaku penyokong Dr'The Ayah Pin'Alban... dgn segala hurmatnya... I claim ur siggy.... buat x tau plak... cewah..
:)) :)) :)cgrock :)cgrock :)paid :)paid :)cgrock :eek: :eek:

hahahaha.. betui tu..
 
Sori... off topic jap...
oit DDos... selaku penyokong Dr'The Ayah Pin'Alban... dgn segala hurmatnya... I claim ur siggy.... buat x tau plak... cewah..
:)) :)) :)cgrock :)cgrock :)paid :)paid :)cgrock :eek: :eek:

a'ah.. tukar je la siggy tu.. ramai yg dok nanya nanti... ekkeekke:p
 
jgnla wei,arwah datuk aku org kuat umno,parents aku org pas.. jgnla samakan atok aku dgn lembu
 
Back
Top
Log in Register