tak silap Prudential malaysia ni anak syarikat Prudential British. Di mana orang2 Yahudi memiliki kepentingan dalam syarikat ni. Boleh terang lebih lanjut?
Prudential Assurance Malaysia ni, memang part of Prudential PLC UK. Pasal org2 yahudi memiliki kepentingan tu, international company and company make profit, bukan yahudi je yg nak invest, semua org nak invest. And Prudential dah start meniaga kat Malaysia dah 88 tahun, kemudian baru setup pruBSN Takaful, itu setelah berapa tahun dok melobi dgn BNM utk keluarkan lesen Takaful kat international company. Sebelum 2006 (4 syarikat takaful baru JV dgn international insurance company)... Ada ke international insurance company dpt lesen Takaful?
Jadi, Kalau BNM boleh keluarkan lesen takaful ke Prudential BSN takaful yg mana 49% share adalah Prudential PLC UK, and ada pulak panel syariah yg telah luluskan mmg syariah compliance, so, pada saya takde masalah la. Sebab org yg arif dlm bidang diorg yg bg lesen. Kalau tak, baik BMM tak bg lesen langsung sampai skrg.
Selain itu, kalau kita renung2kan, jugak dgn company2 top kat dunia ni, event FB yg kita bukak hari2 tu pun rasanya terang2 org yahudi ada kepentingan. And rata2 system computer yg kita pakai ni pun sebenarnya antara yg paling ramai programmer, software engineer etc, org yahudi dan company yg org yahudi ada kepentingan.
Itu pada saya la. Cuma saya nak tanya tuan 3gunHell ni, apa tujuan sebenarnya tanya soalan? Sebab kalau kita rajin selak thread lama, kalau soalan2 mcm ni lebih nak sentuh dari sentimen sahaja, supaya jgn support company yg ada kepentingan yahudi, sebab maybe org yg bertanya tu mewakili company takaful local.
And saya pernah jugak terbaca ada kisah di mana Rasulullah S.A.W pun pernah berurusniaga dgn org yahudi (sumbernya saya kena cari semula, tapi mmg saya pernah terbaca).
So, and bercakap psl plan pulak, kalau ada agent Pru muslim masih product conventional walau pun dah ada takaful, saya pun tak setuju, sebab dah ada takaful, kenapa nak jualmyg conventional?
Cuma saya nak pembaca fikir, company takaful mana kat Malaysia ni yg memula sekali memperkenalkan medical card sama mcm company insurance? Lps tu, bila dah ada banyak company takaful follow keluarkan medical card,timbul pulak issue tak syariah compliance sepenuhnya la, campur2 la, sedangkan lesen bank negara dah jelas, mmg shariah compliance. Ada kepentingan yahudi la, jgn support company yg ada kepentingan yahudi la.
So, saya harap, pembaca jelas, lesen takaful dikeluarkan oleh BNM, dulu, org takde pilihan sebab hanya insurance company conventional sahaja yg tawarkan medical card. Now, dah ada takaful, and bank negara dah luluskan mmg follow syariah compliance. Amik je yg takaful. Itu sahaja pesanan saya. Bg tau agent siap2 saya nak yang "TAKAFUL"...
Sekian, harap dpt beri sedikit pencerahan.