BTC USD 85,988.1 Gold USD 4,180.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beza 'Aku' dan 'Kami'....

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Beza 'Aku' dan 'Kami' dalam Al-Quran

ALLAH swt sering menyebut diri- Nya dengan nama-namanya atau sifat-sifat-Nya. Kadangkala Allah menggunakan kata ganti nama sama ada Aku atau Kami.

PENGERTIAN 'AKU'

Menurut ulama, kata ganti 'Aku' bermakna Allah firmankan untuk memperkenalkan keagungan dan kekuasaan tunggal yang mutlak, tiada campur tangan pihak lain dalam perbuatan-Nya.

Biasanya untuk mengarahkan kita agar sentiasa dan hanya mengabdi diri kepada-Nya. Contohnya, dalam Surah An- Nahl: 2 yang ertinya:

'Dia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya (yang layak menjadi Rasul), (lalu Dia berfirman kepada Rasul-Rasul): 'Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada-Ku.'

Juga pada Surah Thaha, ayat 14, yang ertinya: 'Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.'

love-allah1.jpg

PENGERTIAN KAMI

Kata ganti 'Kami' Allah firmankan untuk menerangkan adanya keterbabitan pihak lain dalam proses pekerjaan atau terjadinya sesuatu.

Misalnya dalam urusan rezeki, Allah tidak pernah menurunkan wang dari langit kepada seseorang atau wang muncul di atas sejadah seseorang selepas dia berdoa tanpa adanya keterlibatan usaha dan pihak lain.

Dalam urusan ini, rezeki berupa wang mesti diusahakan, ia ada usaha atau sebab. Mungkin ia datang melalui majikan, kawan niaga dan sebagainya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Isra' , ayat 31 bermaksud: 'Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan; Kami yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan besar.'

Contoh lain adalah sel-sel manusia dalam proses penciptaan manusia dan juga pertumbuhannya, walaupun Allah mampu menciptakan manusia tanpa campur tangan manusia seperti dalam penciptaan Adam.

Allah berfirman dalam Surah Al-Mukminun, ayat 12 yang ertinya: 'Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati (yang berasal) daripada tanah.'

Juga keterlibatan pihak lain semasa penurunan Al-Quran dan penjagaannya. Dalam penurunan Al-Quran, Allah melibatkan malaikat Jibrail untuk menyampaikan firman-firman-Nya, walaupun Allah berkuasa menyampaikan secara langsung.

Allah berfirman dalam surah Ad- Dukhan, ayat 2, bermaksud: 'Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).'

Begitu juga dalam pemeliharaan dan penjagaannya, Allah melibatkan para sahabat, ulama, pelajar, penghafal dan pengkaji Al-Quran. Allah berfirman dalam Surah Al-Hijr, yang ertinya:

'Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.'

Begitu juga yang Allah menggunakan kekata 'Kami' dalam surah Al-Qamar, ayat 17, 22, 32 dan 40 yang secara keseluruhannya bermaksud bahawa Al-Quran diturunkan untuk menjadi peringatan dan pengajaran untuk seluruh kemanusiaan, khususnya umat Islam.
 
SubhanAllah..

Mahasuci Allah daripada meLIbatkan Makhluknya sendiri untuk melaksanakan hakNya memerintah Alam ciptaanNYa sendiri...

Cukuplah dgn mengetahui bahwa "Kami" itu yang sebenarnya adalah ..nama namanYA yang banyak itu....

Allahualam...
 
Kalau tak reti buat cara tak reti.

Sebab tu kena ada guru. Baru tahu kenapa bahasa Arab bila translate jadi aku dan kami.

Aku dan kami tetap merujuk kepada Allah yang esa.

Kesian zaman sekarang banyaj manusia nak tunjuk pandai tapi mangkuk tahap jamban
 
Thx boh sbb kongsi info ni..;)
 
Kalau tak reti buat cara tak reti.

Sebab tu kena ada guru. Baru tahu kenapa bahasa Arab bila translate jadi aku dan kami.

Aku dan kami tetap merujuk kepada Allah yang esa.

Kesian zaman sekarang banyaj manusia nak tunjuk pandai tapi mangkuk tahap jamban

oi cek oi.. tegurlah dgn berakhlak hehe
 
pertanyaan....
dlm koleksi debat syeikh Ahmad Deedat, beliau ada ckp yg bahasa Arab dan Hebrew ada dua plural....
plural for number dan plural of respect....
adakah 'Kami' itu merujuk kepada plural of respect????
mohon pencerahan....
 
Back
Top
Log in Register