BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beshetik, kucing kesayangan Zara Zya hidap leukemia

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-09-25-at-12.05.03-PM.jpeg

ZARA mendedahkan Beshetik disahkan menghidap Feline leukemia virus (FeLV).

Beshetik, kucing kesayangan Zara Zya hidap leukemia

PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya terpaksa menerima khabar duka selepas kucing peliharannya yang diberi nama Beshetik disahkan menghidap Feline leukemia virus (FeLV).

Meskipun berat untuk menerima berita duka tersebut, Zara, 39, akan terus menjaga dan memberi kasih sayang yang sepatutnya kepada Beshetik.

“Baru dapat tahu hari ini (semalam), kucing kesayangan saya, Beshetik ada leukemia (FeLV).

Memang sedih bila dengar tetapi saya pilih untuk terus kuat, sebab dia pun perlukan kasih sayang dan semangat saya,” katanya dalam platform Threads.

Menerusi perkongsian sama, Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, sempat bertanya kepada pengguna media sosial mengenai pengalaman dan rutin penjagaan kucing yang mempunyai penyakit tersebut.

“Ada tak sesiapa yang pernah jaga kucing dengan keadaan macam ini?

“Saya nak belajar cara terbaik untuk pastikan dia tetap bahagia dan rasa disayangi walaupun sakit. Doakan Beshetik ya,” ujarnya.

Dihujani dengan ratusan respons netizen, dia menitipkan ucapan terima kasih namun mengakui perkongsian cerita sedih netizen menyentuh emosinya.

“Saya hargai semua cerita tentang anak kucing kalian, yang beri semangat tu terima kasih sangat.

“Banyak tips dan nasihat yang saya dapat.

“Tetapi cerita sedih itu tak payahlah. Buat saya rasa tak bersemangat,” ujarnya.

Difahamkan, Zara sudan memelihara Beshetik sejak lebih 10 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaa, kenapala ada cite macam ni. Kesian si Beshetik. Zara ni kat IG asyik update gambar food je, maybe dia layan kucing ni makan-makan gak bila dia sedih. Hope Beshetik cepat sembuh lah!

 
Back
Top
Log in Register