BTC USD 86,268.9 Gold USD 4,184.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Berus gigi kucing anda

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
va_01.1.jpg

Pastikan anda memberus gigi kucing dengan perlahan supaya ia dapat membiasakan diri.

SEEKOR kucing mempunyai sikap yang hampir sama dengan manusia iaitu tidak gemar barisan giginya diperiksa.

Bagaimanapun, perkara itu perlu diberi perhatian kerana masalah mulut boleh mengakibatkan pelbagai lagi risiko penyakit kepada kucing.

Disebabkan itu, menjadi keutamaan kita untuk memastikan kebersihan mulut kucing terutamanya gigi bagi mengelak dijangkiti penyakit.

Pemeriksaan perlu dilakukan setiap hari atau sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi menjaga tahap kebersihan.

Ia tidak menyusahkan kerana pemeriksaan boleh dilakukan di rumah pada bila-bila masa.

Berikut merupakan cara berkesan untuk menjaga kesihatan gigi kucing anda.


1. Berus gigi kucing anda.

* Pastikan berus gigi kucing dalam keadaan baik dan letakkan ubat gigi pada berus tersebut.

* Berus gigi kucing anda dalam keadaan perlahan-lahan secara atas bawah.

* Mulakan dengan memberus pada satu atau dua batang gigi terlebih dahulu supaya kucing tidak berasa takut.

* Apabila sudah menjadi rutin, barulah boleh memberus semua gigi tetapi mesti dilakukan secara perlahan-lahan.

va_01.2.jpg

Gigi sihat mengelakkan kucing dijangkiti penyakit.


2. Makanan mesra gigi.

Seperti manusia yang mesti mengelakkan makanan manis kerana boleh merosakkan gigi, sama juga dengan kucing yang mesti terjaga bab pemakanannya.

Makanan kering dan rangup membantu mengekalkan kesihatan serta kebersihan gigi kucing.

Makanan tersebut bertindak seperti ejen mengekalkan kebersihan gigi kerana mengikis plak-plak. Ia bertindak seperti sebatang berus gigi.


3. Pemeriksaan kerap dengan veterinar.

Jika kucing anda menolak untuk dibersihkan giginya, anda disarankan untuk merujuk kepada pakar iaitu veterinar.

Bincangkan dengan veterinar mengenai jadual kekerapan memberus gigi bagi menjaga kesihatan mulut selain bertanyakan mengenai pemeriksaan tahunan terhadap kucing.

Cara tersebut sangat berkesan dalam memastikan kebersihan mulut dan gigi kucing itu sentiasa terjaga.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3dYAeOWu1
Hakcipta terpelihara
 
yg pasti ramai yg x berani berus gigi harimau,kucing nie silap2 kena cakar tgn keke
 
Back
Top
Log in Register