aku pun pakai maxis berukband & line maxis. berukband dah setahun lebih, line maxis dah berapa tahun ntah. pada pendapat aku berukband dia memang sucks tahap gaban... tapi aku takleh nak terminate2 lagi pasal streamyx punya laa lembab nak mampus dah berbulan apply belum pasang2 lagi.
jangan call customer service sebab diorang memang tak tahu apa2, diorang ikut orang atas je marah pun tak guna. saranan aku, tt pegi mana2 maxis center dan buat aduan dekat situ. lepas tu diorang akan buat report dan call tt balik untuk clarify. pasal refund tu aku tak sure prosedur dia mcm mana, tapi yg aku tahu kalau terminate berukband, deposit rm100 dia akan bagi dalam masa 3 bulan dalam bentuk cek.
aku dah byk pengalaman ngeri dgn maxis ni, dulu tiap2 bulan dia charge bil aku rm99 utk gprs service padahal aku tak pernah subscribe dan tak pernah guna pun. tetiba je tengok bil dah byk. lepas tu tak pasal2 kena barred pasal bil tak bayar habis. aku ngamuk la, aku pegi komplen kat maxis center ttdi haram diorang tak buat report langsung. bulan depan aku tengok ada lagi charge tu. pastu aku pegi maxis center kat penang pulak komplen kat sana. aku pegi komplen pagi, petang tu maxis call aku utk clarify dan minta ampun. bulan tu aku dapat balik rebate yg dia charge aku selama ni.
pasal berukband memang tak larat aku nak handle, connection slow nak mampus, intermittent, pastu customer service tak tahu apa2 pasal technical. tapi diam tak diam dah setahun pakai. haritu maxis call aku diorang nak bagi rebate rm20 setiap bulan kat aku pasal jadi loyal customer (uwek).
so tt, jangan la bayar buta je kalau tak guna. pegi maxis center bawak resit2 tu. kalau diorang tak bagi jugak, report kat
skmm. isi form tu masukkan skali nombo akaun maxis.
skmm ni agak efisien gak, haritu aku komplen pasal astro terus dia call aku hari esoknya. lepas tu kelam kabut astro contact aku, terus setel. 2 company besar yg aku bengang dan selalu gaduh = astro & maxis. tapi line maxis aku terus pakai walaupun mahal pasal kualiti dia takleh lawan dgn telco lain. setakat ni coverage maxis paling luas, stabil. celcom dgn digi aku pakai gak, tapi bila pegi kawasan2 tertentu dah kong. celcom siap congested masa raya aritu... huhu