BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bertempur rebut kawasan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Gombak: Seorang lelaki dipercayai seorang daripada 15 anggota kongsi gelap hampir putus telinga kanan selepas berlaku pertempuran merebut kawasan di Taman Emerald di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, lelaki terbabit dikatakan bertempur dengan satu lagi kumpulan kongsi gelap menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihak polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan tujuh lelaki dipercayai anggota geng kongsi gelap.

Menurutnya, pergaduhan tercetus apabila dua geng kongsi gelap terbabit yang tidak berpuas hati menghubungi rakan masing-masing untuk turut sama bergaduh.

“Kami percaya ia mungkin disebabkan perebutan kawasan hingga menyebabkan mereka sanggup membunuh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata tujuh suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas dipercayai bergaduh dan menyebabkan tiga lelaki cedera.

“Seorang suspek mengalami cedera parah selepas ditetak di telinga kanan.

Suspek kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Polis masih mengesan saki baki anggota kumpulan kongsi gelap terbabit yang dipercayai masih berada di Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata tujuh suspek itu kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarisputustelinga/Article/index_html
 
Jgn bagi masalah kt org ramai sudah la..
 
melayu pekida tiga jalur ke?
 
Back
Top
Log in Register