BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BERSIH cabar SPR

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
BERSIH cabar SPR dedah cadangan pindaan

Wacana bagi membincangkan tuntutan BERSIH 2.0 serta perhimpunan 9 Julai kecoh apabila penonton mengambil peluang membuat bising ketika Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberikan penjelasan.

Namun, ada di antara 600 orang hadirin yang bertempik kegembiraan serta bertepuk tangan apabila pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap dalam majlis berkenaan.

Lebih-lebih lagi apabila S Ambiga (kiri) mencabar Wan Ahmad secara terbuka untuk menyatakan cadangan pindaan yang telah dikemukakannya kepada pejabat peguam negara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya.

"Dedahkan pindaan itu, kita akan sokong SPR, apakah pindaan itu?" soal Ambiga yang disambut tepukan gamat daripada hadirin.

Wan Ahmad kemudiannya menjelaskan, situasi demokrasi di negara ini tidak boleh dilihat sama seperti demokrasi di negara Barat.

"Kita ada peraturan, kita ada rahsia rasmi. Ada perkara yang tak boleh SPR dedahkan.

"Bila kita kata tak boleh, kena fahamlah," katanya lagi yang turut menggesa BERSIH supaya bekerjasama dengan kerajaan bagi membolehkan undang-undang tersebut dipinda.

"Bukannya kita berpihak dengan pihak mana-mana," katanya lagi yang disambut dengan laungan "boo".

SPR: Dasar ikut kehendak kerajaan

Wan Ahmad yang tidak gembira dengan layanan yang diberikan oleh hadirin ke atasnya turut mengambil peluang untuk 'menyekolahkan' hadirin tentang adab dalam menghadiri program ilmu seperti itu.

"Sebab itulah saya kata, anda hanya mahu percaya apa dalam fikiran anda," katanya lagi.

Wan Ahmad (kanan) turut menjelaskan bahawa dasar yang hendak ditetapkan itu masih perlu mengikut kehendak sesuatu kerajaan pada masa itu.

"Jika kerajaan rasa umur layak mengundi ialah 21 tahun dan bukan 18 tahun, tidak kiralah sebanyak mana cadangan dibuat, ia tidak akan (diterima," katanya lagi.

Jawapannya itu mengundang soalan daripada moderator, Wan Saiful Wan Jan yang bertanya sekiranya masalahnya bukan pada SPR tetapi di peringkat kerajaan.

Wan Ahmad bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan berkenaan dan berkata reformasi pilihan raya perlu dijalankan secara bersama.

"Anda tidak boleh lihat SPR sebagai musuh jika mahu reformasi," katanya lagi.

Jawatankuasa cadang pindaan

Dalam pada itu, Ambiga turut menjelaskan bahawa BERSIH telah menjemput kerajaan untuk menyertai gagasan itu bagi mencapai tujuannya.

NONE"Kerajaan memilih untuk tidak sertai tapi pembangkang sertai dan kita hargai," katanya lagi ketika menjawab satu soalan berhubung dakwaan BERSIH didukung Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam majlis yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf itu, Ambiga berkata BERSIH turut disokong oleh rakyat biasa, "tetapi mengapa mereka melayan BERSIH seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia?"

Ambiga seterusnya mencabar Wan Ahmad supaya menubuhkan satu jawatankuasa untuk mencadangkan pindaan berkenaan.

Ambiga berkata, SPR berhak berbuat demikian mengikut kuasa yang diperuntuk ke atasnya.

Suasana turut gamat sehingga beberapa minit lamanya apabila seorang lelaki bertanya sekiranya Ambiga akan meneruskan "perhimpunan haram."

Soalan itu juga disahut dengan pekikan "boo" oleh sebahagian besar para hadirin berkenaan.

Ambiga bagaimanapun tetap menjawab soalan berkenaan dengan menyatakan bahawa hak untuk berhimpun itu dinyatakan dalam perlembagaan.

Penganjur nafi tekanan politik

Namun wujud juga undang-undang lain yang digubal di parlimen bagi mengehadkan hak berkenaan.

"Masalahnya, polis tidak mengehadkannya tapi menariknya terus. Anda tidak boleh mengehadkan sesuatu hak itu hingga ia menjadi ilusi," katanya lagi.

Tambahnya, BERSIH juga telah bekerjasama dengan polis dengan meminta pasukan itu menamakan jalan yang boleh dilalui oleh peserta demonstrasi.

Wacana berkenaan yang berlarutan sehingga lebih dua jam kemudiannya dihentikan apabila hadirin terus bertindak memperlekehkan Wan Ahmad ketika timbalan pengerusi SPR itu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ke atasnya.

Ini termasuk soalan yang diadakan seorang lelaki berhubung "bukti" bahawa seorang anggota tentera didapati mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan awam dan tentera.

"Saya suruhanjaya, kami bincang tentang dasar tapi tuan bawa kerani punya isu," katanya lagi yang disambut dengan lebih banyak lagi laungan.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Datuk Husamuddin Yaacob berkata program berkenaan terpaksa ditamatkan bagi menghormati waktu solat Asar.

"Kalau tengok di Karangkraf, kita memang kalau setiap waktu azan, seluruh bangunan ini akan dengar azan.

"Walaupun kita bisnes biasa, tapi kita patuhi budaya Islam," katanya yang menafikan wujud tekanan politik sehingga program berkenaan terpaksa ditamatkan.

"Malah, polis beri kerjasama dan timbalan menteri pun datang jadi saya fikir tak ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/171131
 
Attachments

Last edited:
haha..

mmg ****** la apa yg dijawab SPR..

mmg patut kena boo..

pd aku senang aje..nama aje suruhanjaya..tp walaupun nama suruhanjaya, mereka ni masih agensi kerajaan, bukan agensi yg berkecuali..

senang aje, klau sapa yg kerja kerajaan mesti ada senarai tugas kan?
cuba korang tgk senarai tugas yg terakhir korang..

pd yg kerja swasta, mungkin tak pasti, tp dlm kerja kerajaan senarai tugas terakhir adalah :

"Menjalankan tugas yg diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa"

jd korang fahamla SPR ni kerja utk sapa..nama aje suruhanjaya, tp bukan suruhanjaya ssebenar pun..
 
Salah ke kalau saya mengatakan bahawa Ambiga lebih ada kuasa dari Nuar Berahim,Hadii Awang,Lim Kait Siang dan Mat Serbu?Tiga ketua parti politik di Semenanjung Malaya diheretnya buat demontrasi jalanan di Kuala Lumpur, Sorang dari Tengganu Kita,Sorang dari Ipoh malii,yang sorang datang dari jauh naik motor kap cai,terjatuh ke atau kena langgar ke saya tak tau, sorang lagi tu saya tak tau datang dari mana.Tetapi apa yang menyedihkan pak aji yang dah tua,yang dah tak larat berjalan nak berarak macam orang muda,ada yang terkehel tengkok,terseliuh kaki putus urat,ada yang kembali kepangkuan Ilahi,takziah buat keluarganya.Ambiga lebih berpengaruh dari yang saya sebutkan tadi.cuba fikir2kan....
 
bagi saya BERSIH ialah inisiatif NGO utk wujudkan pilihanraya yg telus dan adil..bukan memperjuangkan kepentingan parti politik..jadi tak perlu wujud ambiga lebih berkuasa dari anwar, hadi atau kit siang dalam soal ini..:)
 
aku tengok ni smlm..ada sedutan dlm TV3..memang kecoh wan ahmad asyik kena boo je
 
Salah ke kalau saya mengatakan bahawa Ambiga lebih ada kuasa dari Nuar Berahim,Hadii Awang,Lim Kait Siang dan Mat Serbu?Tiga ketua parti politik di Semenanjung Malaya diheretnya buat demontrasi jalanan di Kuala Lumpur, Sorang dari Tengganu Kita,Sorang dari Ipoh malii,yang sorang datang dari jauh naik motor kap cai,terjatuh ke atau kena langgar ke saya tak tau, sorang lagi tu saya tak tau datang dari mana.Tetapi apa yang menyedihkan pak aji yang dah tua,yang dah tak larat berjalan nak berarak macam orang muda,ada yang terkehel tengkok,terseliuh kaki putus urat,ada yang kembali kepangkuan Ilahi,takziah buat keluarganya.Ambiga lebih berpengaruh dari yang saya sebutkan tadi.cuba fikir2kan....

Aku rasalah,,,matbee ni cuba dapatkan fakta2 dan sendiri fikir balik!!! Kdg2 payah jugak suruh orang lain fikir tapi diri sendiri tak fikir tanpa dapatkan fakta secara menyeluruh.
 
Aku rasalah,,,matbee ni cuba dapatkan fakta2 dan sendiri fikir balik!!! Kdg2 payah jugak suruh orang lain fikir tapi diri sendiri tak fikir tanpa dapatkan fakta secara menyeluruh.

Bro, kalau orang dah condong ke arah BN nih, ko citer camna pun takkan masuk nyer... Walaupun fakta tuh memang rasional pada fikiran orang dewasa.....
 
Bro, kalau orang dah condong ke arah BN nih, ko citer camna pun takkan masuk nyer... Walaupun fakta tuh memang rasional pada fikiran orang dewasa.....

Tak cukup dewasa lagi la tu kot ye...:D
 
Salah ke kalau saya mengatakan bahawa Ambiga lebih ada kuasa dari Nuar Berahim,Hadii Awang,Lim Kait Siang dan Mat Serbu?Tiga ketua parti politik di Semenanjung Malaya diheretnya buat demontrasi jalanan di Kuala Lumpur, Sorang dari Tengganu Kita,Sorang dari Ipoh malii,yang sorang datang dari jauh naik motor kap cai,terjatuh ke atau kena langgar ke saya tak tau, sorang lagi tu saya tak tau datang dari mana.Tetapi apa yang menyedihkan pak aji yang dah tua,yang dah tak larat berjalan nak berarak macam orang muda,ada yang terkehel tengkok,terseliuh kaki putus urat,ada yang kembali kepangkuan Ilahi,takziah buat keluarganya.Ambiga lebih berpengaruh dari yang saya sebutkan tadi.cuba fikir2kan....

ko punya pemikiran ni sempit dan memang sangat sempit,aku tak tahulah kalau aku beri hujah yg tepat otak ko boleh terima ke tidak..jadi aku rasa baik aku diam daripada beri hujah kat orang yg jahil tak faham-faham:)
 
Bro, kalau orang dah condong ke arah BN nih, ko citer camna pun takkan masuk nyer... Walaupun fakta tuh memang rasional pada fikiran orang dewasa.....

guna asib sekali pon.... pemikiran org UMNO ni xkan lutur dalam kepala otak derang ni... derang memang dh pasak UMNO adalah parti BAIK dalam kepala derang.. so kalau berdebat dgn org mcm tu... memang xde kesudahan... #:-S
 
Back
Top
Log in Register