BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BERSIH 3.0 CountDown

Jom p bersih kan diri.
Mane nak dpt baju bersih 3.0?
 
petikan dr blog bekas pm....bahan bacaan

.....Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika. Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar Kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat. Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, Amerika Syarikat tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.....
 
kebanyakan penyokong PR sebaliknya menyalahkan kerajaan sekaranglah yg sebenarnya PRO israel..

antara artikel yg menerangkan perkara berikut..

SUMBER 1: http://warkahdaily.blogspot.com/2012/03/terperangkap-akhirnya-umno-bn-mengaku.html

Terperangkap: Akhirnya Umno-BN mengaku berdagang dengan negara haram Israel [/B]

Selepas Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan boleh berdagang dengan Yahudi dan bukannya Zionis, barulah kerajaan gatal-gatal mengaku berdagang dengan Israel Zionis.

Kini kerajaan Malaysia berdagang dengan Israel Zionis. Ia diakui oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Kerajaan dah terperangkap dengan kenyataan Haji Hadi. Mustafa juga berkata kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, baru-baru ini.

Pelik juga, tak mengiktiraf mereka tetapi berdagang dengan mereka. Keuntungan perdagangan itulah yang kini digunakan untuk membedil rakyat Palestin!! -EkELEH.COM

SUMBER 2: http://www.keadilandaily.com/malaysia-berdagang-dengan-israel-sejak-2001-pbb/

Malaysia berdagang dengan Israel sejak 2001 – PBB

KUALA LUMPUR: Mengikut data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia sudah berdagang dengan Israel sejak 2001 ataupun lebih awal daripada itu.

Pada 2001 sahaja, Malaysia mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua negara meningkat dari tahun ke tahun.

Bagi tahun berkenaan, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport ke Israel, kata laporan eksklusif HarakahDaily.

Mengikut data itu, Malaysia adalah negara ke-18 dunia menerima barangan eksport Israel, malah nilai eksport ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia ialah barangan elektrik dan peralatan elektronik bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada 2010. Malaysia mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).

Turut diimport ialah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.

Adakah Anwar Pro Israel?..dengarkan penjelasan beliau. terpulanglah nak percaya ke tidak..

http://www.youtube.com/watch?v=oX6G8OIPKw0&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=kQ9QQUQYejc
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register