BTC USD 81,900.6 Gold USD 4,170.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

daripada dok bt perarakan bersih nie...adalah lebih baik kita p kat masjid dan semayg berjemaah pas 2 mendoakan kesejahteraan kat malaysia nie...kan lebih baik...hehe:D

nak jugok suroh Najib balik malaysia dan jadi imam kepada jamaah muslim d malaysia :D
bukan cabot :p
 
daripada dok bt perarakan bersih nie...adalah lebih baik kita p kat masjid dan semayg berjemaah pas 2 mendoakan kesejahteraan kat malaysia nie...kan lebih baik...hehe:D


So better ko xyah kerje, berdoa je kt umah, mintak Allah turunkan duit, buah2n, beras, gule ape segala.. Alhamdulillah xdela jem sngt aku nk g kerje pg2.. huhuhu :)) :)) :))
 
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

11.12 am: Kg Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kg baru.

11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.

11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.

11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.

11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.

11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.

10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.

10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.

10.50 am: KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.

10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.

10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.

10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.

10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.

10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.

10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.

10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.

9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.

9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.

9.20 am: Masjid Jamek - 7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

9.15 am: MAju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.

8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.

Sumber Harakah Daily
dah mcm komunis je polis kita ni..biak betik...:o:o:o
 
ya allah..kami redha apa yg berlaku ini adalah ujianmu.kami tidak akan putus asa demi menegak kebenaran dan keadilan.
 
kata kerajaan demokrasi?...

kata kerajaan yg mendapat mandat rakyat...

nie time RAKYAT nak buat perhimpunan bersih dan adil... dihalang dan haramkan pulak...

sebijik umno nie... sebijik macam YAHUDI LAKNATULLAH!... dasar munafeq dan faseq... apa yg mereka umno takut kan?...

org salah aje yg takut...

makna nya memang umnobn dan spr nie salah laku laa selama nie...

tu yg mengelabah semacam...

c'mon laa... rakyat tak bawak senjata... just berhimpun nak jumpa agong tercinta pun nak halang ke?... apsal sampai nak ugut tangkap dan tembak?...

kenapa mengelabah takut nie?... :)paid

nak tgk ke DEMOKrasi KO yg ko agung² kan ni

tgk kat bawah ni video² pendokong demokrasi tegar:)paid:)paid

ape yg diorang buat pada para para demo:

London​

http://www.youtube.com/watch?v=1ERi35GYExs

http://www.youtube.com/watch?v=FRj2K0ulD8Q&feature=related

USA​

http://www.youtube.com/watch?v=5k0Y7_5a5d0

http://www.youtube.com/watch?v=LbCJ3B8fWbY

France​

http://www.youtube.com/watch?v=8lRUPOPfULQ france

diorang pon kuku besi la cam ni kasi turun diorang punya polis fru diorang

:)paid:)paid:)paid:)paid

jgn buta tuli ckp jea :)paid
 
aduh,,,kesian la yg kene tangkap tu..
 
Back
Top
Log in Register