BTC USD 81,759.6 Gold USD 4,093.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

11:29


ajijoi:
KJ yang menjanjikan himpunan Patriot bermula jam 10 pagi di Bukit Bintang, sehingga ke saat ini masih tak nampak bayang.

:D
 
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

11.12 am: Kg Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kg baru.

11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.

11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.

11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.

11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.

11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.

10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.

10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.

10.50 am: KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.

10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.

10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.

10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.

10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.

10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.

10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.

10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.

9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.

9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.

9.20 am: Masjid Jamek - 7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

9.15 am: MAju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.

8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.

Sumber Harakah Daily
 
Kalau yang ni aku 100% setuju...bersepah negro, Vietnam, Indon, Bangla, Nepal, Mynmar. Tapi menteri Malaysia mana nak jaga bende tu semua...dieorang sibuk kumpul harta...nanti anak dieorg besar tak payah nak bersaing dengan anak-anak warga asing yang dapat kerakyatan sebab lahir kat Malaysia..

klu ngn pendatang asing,smua snyp...xbrani nk amk tindakan..ms pendatang asing nk merempuh msk asrama dieorg aritu,polis duk tepi je tgk...kah3..mmg XDE TELOR!!:)cgrock:)cgrock
 
Korang yg support bersih + patriot ni tak pergi ke? jangan jd pengecut weiiii... ckp berapi api, tp kat alam maya jer...terbaikkkkk
 
kami dibiarkan dalam trak berkunci dah masuk sejam dibawah panas terik matahari.tuhan saja la yg tahu panasnya bersesak dalam ni.
 
Sabar scalperz...kurang2 ko berani ckp berani buat...yg lain2 tu hampehhh
 
Back
Top
Log in Register