Peniaga rugi jutaan ringgit - Ahmad Husni Hanadzlah
IPOH 9 Julai - Perhimpunan haram Bersih hari ini memberi kesan besar kepada para peniaga yang mengalami kerugian jutaan ringgit dan ia telah dirasai sejak beberapa hari lalu.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, nilai kerugian mungkin jauh lebih besar sekiranya berlaku kerosakan harta benda, kecederaan serta kematian akibat daripada rusuhan yang mungkin berlaku.
"Di Kuala Lumpur, banyak tempahan majlis pada hari ini telah dibatalkan dan hotel kurang mendapat tempahan manakala kedai juga terpaksa ditutup.
"Pekerja juga kerugian kerana tidak mendapat bayaran kerja lebih masa apabila majlis dan program dibatalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pintu Gerbang Gugusan Manjoi di sini, hari ini.